Friday, 19 December 2014

Pengorbanan

Bismillahirahmanirrahim.


Baru semalam dapat celikkan mata untuk
lihat semula konsep 'pengorbanan'
Yang tepat dalam hidup kita sebagai manusia.
In shaa Allah..

Baik,
Dalam kuliah semalam,
ustaz kata semua urusan yang
kita buat di dunia ni sebenarnya suatu pengorbanan.

Ye, semua amal,
pekerjaan,
rutin harian
adalah pengorbanan.

Contoh yang paling simple la,
kalau kita nak makan, kita akan berkorban dari segi
tenaga kita untuk mengunyah, berkorban masa untuk
duduk dengan proper dan nikmati makanan.
Tu pun dikira sebagai berkorban. dan ada ganjaranya :)

Berkorban untuk transform pemikiran tak baik,
kepada cara yang ikut landasan pun satu pengorbanan.
Pengorbanan berubah kepada keselesaan dahulu, kepada
keselesaan yang sepatutnya.

Kalau kita perincikan, banyak sangat pengorbanan yang
dah kita buat tanpa kita sedar
Besarkan konsep pengorbanan ni sebenarnya?


Namun,
cukup ke pengorbanan yang kita dah buat
selama ni?
pengorbanan terhadap insan-insan yang kita sayang,
mereka yang berada dekat dengan kita,
yang punya kepentingan kepada kita. cukup tak?

Sentap aku,
bila dengar balik kisah pengorbanan Rasulullah SAW
dan para sahabat baginda. AllahuAkhbar.. :'( :'(

Tak tahu nak bagi level apa lagi..
rasanya, kalau takat kata nak berbangga tu memang
tak cukup tinggi.. takjub, teruja.. uishh, tak tertanding
kalau nak samakan dengan istilah kita hari ni.

Macam mana,
para sahabat sanggup berkorban demi Islam.
demi kebangkitan dan kemenangan Islam.
Pengorbanan bukan lagi sekadar masa,
tenaga macam kita hari ni, tapi segala-galanya!
KELUARGA!
HARTA BENDA!
JAWATAN!
KESENANGAN!
NYAWA!
semualah.. demi Islam.


Tengok balik,
Kisah Nabi Musa yang sanggup korbankan status anak
angkat Raja dan sama-sama berjuang untuk agama.

Kisah Saidina Abu Bakar yang kaya raya dan akhirnya
korbankan SEMUA HARTANYA ke jalan agama.

Kisah Bilal Ibn Rabah yang sanggup mengorbankan masa
rehatnya dikala dini hari, selepas seharian menjadi hamba,
Semata-mata nak dapatkan wahyu dan ilmu-ilmu baharu..
Untuk diamalkan dan disampaikan kembali.
Allah..
Berkualitinya pengorbanan mereka.


Ingatkan diri kita,
Kalau bukan kerana pengorbanan baginda Rasulullah SAW
dengan bantuan keluarga baginda Rasul,
para sahabat baginda Rasul,
Comfirm!
Tak dapat kita rasa nikmat Islam dan Iman saat ni.
Subhana Allah. Syukur Alhamdulilllah.

 
Ada satu kisah, baginda Rasulullah pulang ke rumah dalam keadaan kotor, kepala baginda Rasul dipenuhi debu dan pasir, pakaian baginda terkoyak sana sini selepas pulang berdakwah. Namun, daripada mulut baginda, "..Nescaya Islam akan sampai kepada semua manusia di bandar-bandar atau di kampung-kampung.." 

Pengorbanan kita?
Renungkan, diri.

#share
#bacabalikjia

No comments:

Post a Comment