Friday, 5 December 2014

kepercayaan.

Bismillahirahmanirrahim.

Keliru,
sama ada betul ke tak quotation yang aku baca ni

SOME PEOPLE BELIEVE THAT HOLDING
ON AND HANGING IN THERE ARE SIGNS OF
STRENGTH. HOWEVER, THERE ARE TIMES IN
LIFE IN WHICH IT TAKES MUCH MORE
STRENGTH TO JUST LET GO.

Jia, tu mutiara kata je pun..
eh mutiara ke permata?
dah, dah..
dua-dua pun bukan.
ala, manusia yang buat kan, bukan kata hadis ke apa


haihhhss
jangan la dok percaya bulat-bulat.
tapi, sikit-sikit tu takpe

kalau berdasarkan pengalaman aku
ada betul gak benda ni sebab..
(berdasarkan maksud yang aku faham la..)

fikir logik la kan,
bila kita ambil masa untuk sendiri,
flashback memori, ambil masa untuk tenang,
Lepas beberapa ketika tu, kita dapat rasa
seakan ada satu perasaan kuat, strength la tu.

macam kekuatan bima sakti
kuat yang datang daripada dalam
daripada jiwa kita yang tulus, kira tak da berselindung
yela, tak tipu..

Time tu kan,
kita dapat rasa yang
kita ni lah orang yang paling berani.
berani untuk hadapi dunia sebenar,
berani nak buat keputusan,
segalanya macam baharu
how semangat kita, jati diri kita
sikit punya lain macam,
membara-bara, berkobar-kobar.

tahu sebab apa?
sebab dalam pada kita menyendiri tu
macam-macam perkara kita renungkan..
yup, time kita sendiri, kita tak ada selindung or hipokrit apa
segala baik buruk diri kita, kita sedar dan akui sendiri

dah macam tu, apa kita buat?
mestilah kita...
banyak doa pada Allah.. mohon, merintih semua
then,
runtuh jugak ego dalam hati kita tu
melimpah air mata duk basah kt pipi kita
kita angkat tangan mohon, serah minta ampun pada Dia
kita jadi hamba yang baru tahu nak hargai Tuhan
yang kenal dah betapa lemahnya diri kita ni.
 
Alhamdulillah kita lebih tenang,
kita akan dapat rasakan bahawa..
betapalah Tuhan tu adalah satu-satunya
harapan yang tak pernah hilang.
Tak pernah jauh daripada kita.

Cuma kita je
Kita yang lupa. kita yang alpa.
kita yang selalu tak ingat betapa Allah tu dekat.

Tak caya, cuba ehh..
nanti time solat, waktu kau sujud akhir, sebelum salam
kau tutup mata, sebut dalam hati betapa hinanya kau
kau cakap pada Dia, semua benda-benda jahat yang
kau dah buat. kau mintalah Dia ampunkan..
in shaa Allah,
dapatlah kau rasa Allah tu dekat sangat.
sangat.. dekat sangat.

Tak kisahlah siapa kita hari ini, kaya, miskin, kuat, hina, bergaya, ternama
yang penting semua tu bukan milik kita.
Allah bagi semua tu untuk lihat macam mana kita hadapi tangani
boleh jadi benda tu semua rezeki, cabaran mahupun ujian untuk kita.

#akucakapuntukdiriaku
#Allahsayangkitasemuasama
#mamatakjadibalikmalamni
#insyaaAllahlusamamasampaijohor
#petanginikeluarcaridessert

No comments:

Post a Comment