Bismillahirahmanirrahim.
Jia sayang mak
Jia sayang abah
Jia kasihi keluarga kita
Betul ke sayang Jia?
Kenapa bila sampai hujung bulan, awak masih teragak-agak nak bank-in them
Kenapa bila masa awak rasa nak belanja barang dapur, awak berkira-kira
Walaupun bagi, tapi ikhlas tak hati awak tu?
Dalam soalan emosi Jia?
Kenapa awak cepat sangat sentap bila kena tegur dengan mak abah
Kenapa setiap kali mak or abah minta tolong, awak nak merunggut
Sampaikan hal nak tentukan masa depan, beli kereta semua pun
Mak Abah juga nak kena tolong. Lagi malu bila depa sponsor banyak
benda terutamanya duit dan tenaga.. ya Allah.. malu la Jia.. sepak pipi tu sket!
Terok tau awak ni sebenarnya..
Ok, jangan nak kata sometimes.
Allah tak kira semua tu tau tak!
Bila kita betul2 ikhlas, its not make sense. must EVERYTIMES Jia.
Everytimes mesti buat dengan hati yang lapang, niat yang baik..
Jangan nak tunggu mood baik je nak ikhlas.
Cek balik semua benda yang awak pernah buat pada mak abah
Nak kata hadiahkan kejayaan besar, tak ada pun.
Zaman sekolah, result pun biasa-biasa je. Masuk maktab grad
tak la kata nak dapat Anugerah Cemerlang pun. Jia.. Jia..
...
Ini lah bila aku kata UJIAN ALLAH BAGI LAIN-LAIN setiap manusia
Aku rasa hidup aku banyak diuji dengan benda-benda macam aku cerita ni
How i appreciate my family. mcam mana i treat all my saudara..
nampak macam berlubang-lubang.. bila jadi something, baru lah kata
sibuk-sibuk aku nak buat itu nak buat ini untuk tunjukkan penghargaan aku.
Ada orang, bila cakap soal family, mmg berkobar-kobar.
Sampaikan dalm urusan seharian dia pun, tak pernah sekali dia
lupa asal usul dia. mak bapak dia.
KENAPA AKU TAK MACAM MEREKA?
YA ALLAH, JENTIK HATI AKU SELALU UNTUK KENANG JASA
MAK ABAH AKU YA ALLAH.
JANGAN JADIKAN AKU ANAK DERHAKA
JAUHI AKU DARIPADA SAKITKAN MEREKA.
AKU TAHU, TAK BANYAK YANG AKU BERI PADA MEREKA
SEDANGKAN MAK ABAH DAH BANYAK GILERRRR
KORBAN UNTUK AKU.
MASA AKU DOWN, MASA AKU SAKIT, MASA AKU KENA MAKI
YA ALLAH,
HADIAHKAN SYURGA TERATAS UNTUK MAK NORHASANAH
DAN ABAH SANUSI YANG AKU SAYANGI. KASIHANI MEREKA..
Masa aku ni celik-celik mata je tengok dunia ni, mak abah bekerja.
Kiranya hidup kami ni baik. I mean kalau bab duit ni masih boleh kautim lg.
Walaupun gaji dulu tak lah besar mana, tapi they manage to be enough for
keluarga kecil kteorg. Alhamdulillah.
Walaupun bab duit ok, tapi aku tahu penat lelah kerja tu tetap ada
dengan kudrat patkerat tu la duk kerja sampai lewat petang
untuk sara anak-anak masa tu. Alhamdulillah.. terima kasih mak abah
BILA NAK BALAS JIA....???
Setakat ni bagi duit tiap bulan. please teruskan.
Kalau dapat bonus tu ingat-ingat la, treat adik kakak, anak2 murid
Walaupun mak abah ada salary sendiri, make sure awak bagi juga
Bukan mereka nak tu aku tahu, tapi how we hargai mereka. maksudnya
tak pernah lupa mereka. Lagi pun, berkat kan.. nampak kan.. rasa kan..?
Alhamdulillah..
Sebelum berkahwin, kena balas jasa mereka..
nampak tak??! First posting Allah bagi dekat dengan family
dekat sangat.. sampaikan hari-hari dapat tengok mak abah
duduk sekali. sakit pening pun dapat rasa sama-sama
tapi ingat, bila duduk sekali ni jangan dok leka sangat jia.
ingat, dulu awak duduk rumah, awak jadi anak mak abah
kira budak2 lagi, masih belajar.. dalam tanggungan mereka
Tapi sekarang, status anak tu mmg ada, tapi dah ada salary sendiri
duduk ni dah kira macam menumpang tau.. freeee!! malu sikit
Bila mak abah minta tolong buat ikhlas..
Bila mereka sibuk, ringankan tangan bantu.. tu mak merumput tu
g la jejenguk Jia. tak pun, bila nampak mak kt luar tu, g la dapo
siapkan makanan utk lunch.. jangan asyik nak ngemas jeeerrr.
buat dua dua!! (Tanam azam ni cepat!)
Inshaa Allah, sebelum berkahwin ni (kalau ada rezeki)
Aku nak gembirakan mak abah. ye, mmg aku tak banyak
tunjukkan kejayaan pada mereka. tapi aku cuba untuk
jadi anak yang selalu ada masa untuk gembirakan mak abah
Selagi aku mampu jaga nama baik keluarga kita, aku cuba
Paling aku nak jaga adalah perangai dan kelakuan aku
di luar. Aurat jia! tu satu hal la. aku tak nak sebab kebodohan
aku mak abah terpalit dosa tu. Aku mmg tak bijak dgn ilmu
agama, tapi aku nak juga bagi pahala tuk mak abah..
setiap kali sedekah, pliss niatkan pahala utk mak abah..
tiap kali mengaji sedekahkan pahala tu untuk mak abah..
Buat jia... buat.. itu je yang kau mampu.
INGAT AKHIRAT TU LAGI PENTING
Tak kisah la kuat mana pun kita buat, kerja
untuk senangkan mak abah, tapi pastikan pengakhirannya baik
destinasi abadi nanti. aku nak mak abah dibalas syurga. syurga..
Bab tunjuk kasih sayang aku pulak,
Kalau selalu nak peluk cium mak dengan IzinALLAH memang OK
OK sangat.. sampaikan tengah masak, ke mak lepas mandi ke, tidur
ke apa aku boleh buat dengan tak malunya. mungkin sebab mak banyak
masa untuk aku sejak aku kecil. makan, pakai, rotan, hanger besi
semua tu dah jadi permainan mak dah.. hehe. I LOVE U MAK!
tapi bila dengan Abah macam tak berapa sangat.. malu pun ada
sebab Abah macam pendiam sket. Kalau ada masalah
pun tak nampak sebab dia tak cerita or tunjuk depan2..
Masa sama pun kurang. Then kalau bab2 ngaja pun peranan mak
lagi nampak. Abah kalau marah pun, habis2 ketuk meja.
Kalau bab nak minta duit ke apa pun banyak kt mak lagi.
hehe, sorry abah. tapi Jia tetap sayang Abah.
Apa pun, aku akan cuba juga bahagiakan abah..
kalau pun tak dapat kongsi cerita, aku cuba cara lain..
banyak cara kan jia.. plis, jaga makan minum abah..
jaga makan pakai abah.. bukan nak langgar tugas mak, hahaha
tapi tolong mak lah kan.. abah ni kan anak bongsu, so banyak la
perkara dia tak tahu buat.. so, ringankan tugas mak
IN SHAA ALLAH.
Selepas kahwin macam mana?
..... masih memikirkannya .......
dimanakah aku selepas kahwin?
tanggungjawab aku berubah tak?
boleh lagi tak nak jaga mak abah?
Allah.. persoalan yang aku perlu jawab.
Tak Apa, ada masa lagi.
belajar jia. belajar..
No comments:
Post a Comment