Wednesday, 31 December 2014

2015.

Bismillahirahmanirrahim.


2015 betul2 aku sedar masa terjaga
sebab Hafiz melalak jatuh katil.
Masa tu dh masuk 1pg.
Bangun tu asalnya terkejut
sebab bunyi bising kt lua.
Mcm perang kutt.
Pelepang pelepung..

Cis, lepas sedar..
Pujuk si hafiz tu tido balik,
baru terfikir bunyi bedentum tu org
dok bakar meriam. *bukan mercun
Happy Tahun Baharu 2015, Jiaaa!

Alhamdulillah, masih dapat rasa lagi
hidup di tahun baharu.
Walaupun aku tetap yang lama.
Makin hari makin season.
Ape pon azam tahun semalam
masih nak capai sebab
Allah tak approve lagi.
Tunggu n tambah lg wishlist baru!
Allahumma Amin.

N
Tadi Allah bg kesempatan nk jumpa
budak2. Best sangat, sebab sjak duamnjk
ni asyik termimpi mimpi muka si amar,
calvin, hazify, semua la.
Mak dah rindu ni!

Alhamdulillah..
Kak fazie minta handle bdk2 thn1
masa parent dgr taklimat KSSR.
Nebes gk la sebab tak kenal hujung butir
tiap2 sorang bdk2 kecil ni.

Btw, mujolah takde yang buat
perangai nak balik ke ape.
Habis bajet baik n bajet comel
cikgu dh buat tdi. Perghh!
Syukur la baik baik belake tdi.
Lepas ni tak mimpi bdk2 dah,
Kita mimpi fail n assgmnt plk cikgu!
Hahaha




#siapla
#tahunbaru
#bajetbagusk


Friday, 26 December 2014

it's not shrink !

Bismillahirahmanirrahim.


Dalam pada rehat lepas bercardio petang tadi,
Saje la buka fail-fail kt rak ni.
Asalnya nak cari surat bank je.
Lepas belek-belek tu ternampak pulak
resit operation and gambar-gambar usg
dedulu. Ada dalam 4 keping bnw tu.
Nampak gaya, macam Tuhan nak bagi
aku remind balik masa aku sakit dulu.

So,
Penting untuk kita jaga kesihatan!
(tiba-tiba teringat muka D.Tey explain cara
nak sihat.. ahaha. ok cute gila!)

Sempat juga berangan n flashback balik
memori2 masa aku mula kenal penyakit,
mcm mana aku lalui, then siapa yang
support masa tu, itu.. ini.. huwaaa :(
Sedihnya.. terharu pun ada..
Syukur alhamdulillah.

Btw,
Tengok-tengok tadi mcm yang benda
yang dok tumbuh tu macam lain macam je
dia punya sihat. Apa aku bagi makan sampai
rasa mcm bertambah je saiz diaa. No way, sabar3..
Kita tunggu je result usg Mac tahun depan.
Harap-harap aku cuma berimaginasi.




#akusihat
#akunaksihat
#Allahummaafinifibadani

Thursday, 25 December 2014

2 month.

Bismillahirahmanirrahim.


from today,
it's not gonna be easy.
it's going to be really hard.

face it!


#its25thagain
#thinking
#understanding
#yusobusy



Saturday, 20 December 2014

Jangan Takkabur

Bismillahirahmanirrahim.


Kita selalu sangat rasa diri kita hebat.
Boleh berunding dan meyakinkan kawann/ketua

Kita selalu rasa hebat bila dapat miliki
semua benda yang kita idam-idamkan..

Kita selalu rasa hebat tatkala kita
berjaya selesaikan tugas-tugas di sekolah/pejabat.

Kita selalu rasa hebat bila tengok anak-anak
boleh kenal huruf dan baca perkataan dengan baik
hasil usaha kita mengajar mereka.


Hmm,
Belagaknya kita.

Diri, tolong sedarkan hati kita..
Semua tu, hebat kita tu
yang pada kita hebat tu datang daripada siapa?

Kalau tak ada yang menghebatkan kita,
mampu ke kita hebat dengan sendiri?

Mustahil..!
sebab manusia ni diciptakan penuh kekurangan,
dan saling bergantung sesama manusia.
dan lagi besar, sangat bergantung pada Pencipta.
Ye, hebat tu daripada Tuhan,



Memang pun,
Kita asyik la rasa banyak kejayaan hasil usaha kita
penat lelah kita mengajar, mengurus, meyakinkan client.

Sedar tak,
sebenarnya semua tindakan kita ni cuma
asbab je dan kehebatan yang hadir dan melengkapkan
usaha kita yang sedikit ni datangnya daripada Dia.
Ya, daripada Tuhan.

Friday, 19 December 2014

Live and Laugh

Bismillahirahmanirrahim



Tak kira banyak mana pun dia tahu kelemahan dan buruk perangai kau
kalau betul korang berkawan, sahabat sejati, sama faham diri masing-masing
korang akan pertahankan persahabatan tu. and kalau boleh nak cuba bimbing
dan guide hidup masing-masing untuk pengakhiran yang baik.


JZZK, Ana cuba.

Pengorbanan

Bismillahirahmanirrahim.


Baru semalam dapat celikkan mata untuk
lihat semula konsep 'pengorbanan'
Yang tepat dalam hidup kita sebagai manusia.
In shaa Allah..

Baik,
Dalam kuliah semalam,
ustaz kata semua urusan yang
kita buat di dunia ni sebenarnya suatu pengorbanan.

Ye, semua amal,
pekerjaan,
rutin harian
adalah pengorbanan.

Contoh yang paling simple la,
kalau kita nak makan, kita akan berkorban dari segi
tenaga kita untuk mengunyah, berkorban masa untuk
duduk dengan proper dan nikmati makanan.
Tu pun dikira sebagai berkorban. dan ada ganjaranya :)

Berkorban untuk transform pemikiran tak baik,
kepada cara yang ikut landasan pun satu pengorbanan.
Pengorbanan berubah kepada keselesaan dahulu, kepada
keselesaan yang sepatutnya.

Kalau kita perincikan, banyak sangat pengorbanan yang
dah kita buat tanpa kita sedar
Besarkan konsep pengorbanan ni sebenarnya?


Namun,
cukup ke pengorbanan yang kita dah buat
selama ni?
pengorbanan terhadap insan-insan yang kita sayang,
mereka yang berada dekat dengan kita,
yang punya kepentingan kepada kita. cukup tak?

Sentap aku,
bila dengar balik kisah pengorbanan Rasulullah SAW
dan para sahabat baginda. AllahuAkhbar.. :'( :'(

Tak tahu nak bagi level apa lagi..
rasanya, kalau takat kata nak berbangga tu memang
tak cukup tinggi.. takjub, teruja.. uishh, tak tertanding
kalau nak samakan dengan istilah kita hari ni.

Macam mana,
para sahabat sanggup berkorban demi Islam.
demi kebangkitan dan kemenangan Islam.
Pengorbanan bukan lagi sekadar masa,
tenaga macam kita hari ni, tapi segala-galanya!
KELUARGA!
HARTA BENDA!
JAWATAN!
KESENANGAN!
NYAWA!
semualah.. demi Islam.


Tengok balik,
Kisah Nabi Musa yang sanggup korbankan status anak
angkat Raja dan sama-sama berjuang untuk agama.

Kisah Saidina Abu Bakar yang kaya raya dan akhirnya
korbankan SEMUA HARTANYA ke jalan agama.

Kisah Bilal Ibn Rabah yang sanggup mengorbankan masa
rehatnya dikala dini hari, selepas seharian menjadi hamba,
Semata-mata nak dapatkan wahyu dan ilmu-ilmu baharu..
Untuk diamalkan dan disampaikan kembali.
Allah..
Berkualitinya pengorbanan mereka.


Ingatkan diri kita,
Kalau bukan kerana pengorbanan baginda Rasulullah SAW
dengan bantuan keluarga baginda Rasul,
para sahabat baginda Rasul,
Comfirm!
Tak dapat kita rasa nikmat Islam dan Iman saat ni.
Subhana Allah. Syukur Alhamdulilllah.

 
Ada satu kisah, baginda Rasulullah pulang ke rumah dalam keadaan kotor, kepala baginda Rasul dipenuhi debu dan pasir, pakaian baginda terkoyak sana sini selepas pulang berdakwah. Namun, daripada mulut baginda, "..Nescaya Islam akan sampai kepada semua manusia di bandar-bandar atau di kampung-kampung.." 

Pengorbanan kita?
Renungkan, diri.

#share
#bacabalikjia

Manisnya Pertemuan : 2hari

Bismillahirahmanirrahim.


Syukur

Tidak mudah utk aku.
Asalny nak penuhi permintaan kwn lama
Pergi sesekali isi masa senggang
Mula kekok gak sbb tak biasa
Bila dah ad sama rasa manis tu datang



Terima Kasih pada yang selalu mengingatkan.
Syukur, Allah selalu datangkan mereka2 ni
Rezeki dpt kwn yg selalu sampaikn pesan :')




"..setiap kebaikan yang kita nak capai perlukan pengorbanan,
andai pengorbanan itu berat, renungkan manisnya buah yang bakal
kita perolehi. jangan lelah untuk berkorban." -U.Abdullah.





Sunday, 14 December 2014

Oil Rice

Bismillahirahmanirrahim.



Cuti yang dipenuhi kenduri nasi minyak bermusim sekarang ni
memang kadang-kadang terbawa-bawa duk fikir sebelum lelap mata.
Mana taknya, bila pergi kenduri tu tak kira lah jumpa makcik ke kawan2 ke
soalan-soalan dia agaklahh menusuk sanubari sampaikan nak menjawab tu
tergeliat gak lidah ni. haha.

Bukan kata tak ada jawapan nak cakap, tapi mcm tu la reaksinya..
makan 2, 3 saat nak bersuara. hahaha, kebiasaannya lahh. 

Bulan november to disember ni banyak jugak invitation wed sana-sini.
tapi macam biasa la, ada juga yang miss nak p. sebab jauh, tak berapa kenal,
kekangan masa sebab hal-hal tak diduga dsb. Btw, mana kawan or kenalan
yang kenal tu in shaa Allah cuba untuk hadir.

Semalam terbaca quote ni ada junior share di fb :
Don't rush into marriage just because your friends are now all married.
Allah will sent you your spouse when He know you're ready.

Ntah knapa, bila aku baca quote ni aku tersenyum sorang-sorang.
Dua kali aku baca, tergelak pulak.. So, pagi ni aku baca lg sekali,
terdiam, tak gelak, tak senyum.

Semoga dikurniakan insan yang menyayangi diri ini dan my family seadanya.
Mudah-mudahan. 




Sunday, 7 December 2014

Johor - Kelantan

Bismillahirahmanirrahim.


Syukur Alhamdulillah, malam tadi dapat
perkhabaran yang baby Nuha dah mula bagi reaksi
keluar suara kuat sedikit. Alhamdulillah. good girl, Nuha.

Jadi, esok pagi-pagi rancangnya akan ke Kelantan,
in shaa Allah juga akan drive sendiri dari Johor ke Kelantan
bertemankan Eqa. Abah tak ikut sebab ada kerja yang tak dapat
dielakkan. So, may Allah ease our journey. dalam masa tak sampai
sebulan sahaja dah 3 kali travel johor-kelantan, kelantan-johor dan
kali ni johor-kelantan semula. all driving and syukur Allah permudahkan
dan selamat sampai dan pergi. Mungkin inilah hikmahnya berbakti
untuk keluarga. in shaa Allah tetapkan niat yang baik untuk mudahkan
urusan orang lain. semoga Allah kekalkan kebaikan dalam setiap inci
urusan yang kita laksanakan. ameen.

Kali ni ke kelantan, kira mcm exchange position dengan mak
untuk jaga baby Nuha untuk bantu ringankan my kakak yang sedang
berpantang. In shaa Allah, semoga boleh handle baby dengan baik.

She's fragile, ya Allah.. mudahkan urusan aku..
Lembutkan dan ringankan anggotaku untuk membantu.
Mudah-mudahan semuanya baik-baik sahaja.

Subhanalazi sahorolana hazawama kunnalahu mukrinin
wa inna ila robbi na lamun kolibun..

#tiadakuasaselaindaripadaAllah
#drivingismypassionhamboii
#startpackingyourbag
#yeahhhnakjumpaNuha
#yeahhhnakpelukmama
#alhamdulillahuntukrezekiini

Trifle Ayaq Mata

Bismillahirrahmanirrahim.


Petang tadi dapat berita kemungkinan besar mak
tak jadi balik Johor. Katanya baby Nuha masih admit
di HKB sebab keadaan badan agak lemah sejak semalam.

Tengahari tadi sebenarnya hati memang dah rasa semacam,
tapi gagahkan diri juga ajak eqa g dapur teruskan projek trifle
untuk sambut mak nak balik esok.

Then, sebelum maghrib tadi mak call abah bagitau
yang mak memang betul tak jadi balik. Maybe stay lagi
beberapa hari sampai baby Nuha betul-betul stabil.

Serba salah rasanya duduk berjauhan sekarang ni.
Nak tolong ringankan beban pun tak mampu, sebab
mak dah amanahkan tolong teman n masakkan untk abah
sepanjang mak kt sana. In shaa Allah Jia doakan dari jauh.

Kejap tadi whatsapp mak, tunjuk Trifle first trial Jia n Eqa.
mak kata nampak sedap, tapi tak dapat nak rasa sebab jauh..
alala.... sedihnya.. menitik air mata aku.


ya Allah,
sihatkan Nur Ain Nuha,
kurniakan kecekalan buat umi dan abinya,
kepada nenda-nendanya, kurniakan kekuatan untuk menjaga,
kurniakan yang terbaik buat kami semua..

Jia rindu mak, rindu kak ani, rindu Nuha dan semua
Harap semuanya akan kembali seperti sediakala
n  paling nak sekali..
Nur Ain Nuha sihat dan stabil.
ameen.

Fighting !

Bismilahirrahmanirrahim.


SyafakiLah Nur Ain Nuha binti Ahmad Ali Nazmi
In shaa Allah sentiasa dalam lindungan Allah, bidadari comel
 

Walaupun sekali lihat batang tubuh yang
kecil, kurus, kurang bermaya, lembut tu
mesti orang ingat lemah, tak bermaya..
tapi semangat dalam hati tu BESAR kan Nuha :)
Bila Nuha dah sihat dan cergas nanti,
Cik Jia, Ciksu, Cikna bawa g playground
sekali dengan Abang Hafiz..
tapi apa-apa pun, Nuha kena fight dulu..
just be as strong as u can. we'll always wait for you.


Family kita semua yakin tau..
yang Nuha akan dapat bertahan dan akan dapat
sambut raya, celebrate besday sama-sama semua
kan.. kan..

Ye,
dalam diri comel Nuha tu strong sangat-sangat.
kekuatan, redha hati Nuha, semangat,
sifat ingin tahu semua tu lengkap kan.
Kalau tidak, masakan Nuha bertahan sampai
saat ni kan.. Allah ada untuk Nuha..
Sayang Nuha.


Umi, Abi, Mama Tok, Abah Tok,
Tok Mak, Tok Abah, sedara-mara
sentiasa ada, dan terima Nuha sekuat mana
Nuha sekarang ni dan tak kira apa keadaan
Nuha sekalipun. in shaa Allah..
dan
in shaa Allah..
dengan izin Allah, doa kami sentiasa bersama
Nur Ain Nuha binti Ahmad Ali Nazmi.

a real baby will be born too soon.
muahhh, sayang..




Saturday, 6 December 2014

Put the smile on.

Bismillahirahmanirrahim.


if I stole your heart and you stole mine,
wouldn't that be the perfect crime?



Sometimes, satu sentuhan kata pun sudah mampu membawa erti yang
dalam kepada seseorang.
dan dengan satu sentuhan kata juga mampu memusnahkan harapan
buat seseorang.
rethinking..

Thank you.
#krikkrik

Mint.

Bismillahirahmanirrahim.



Disebabkan projek Trifle Buah ditangguhkan,
petang terik hari ni tadi, keluar kejap dengan
dak eqa ke pekan. g carik ice cream.
sejak semalam teringin, mengidam nak
makan sekerim mangkuk mint chocolate
tapi nak makan sikit je, tak nak berselang kali.
sebab kalau telan perisa ni, kena sekali hadap je
mint kan.. faham2 la





dan Alhamdulillah,
rezeki Allah bagi
nikmat rasa Allah bagi,
kelapangan masa pun Allah bagi
syukur, dah lepas ngidam.

so, esok teruskan projek trifle buah,
dan projek tertangguh, sardin gulung crispy.

gambate Jia!

#programdietpostpone
#startsekolahesokkurusbalik
#inshaaAllah 

Friday, 5 December 2014

kepercayaan.

Bismillahirahmanirrahim.

Keliru,
sama ada betul ke tak quotation yang aku baca ni

SOME PEOPLE BELIEVE THAT HOLDING
ON AND HANGING IN THERE ARE SIGNS OF
STRENGTH. HOWEVER, THERE ARE TIMES IN
LIFE IN WHICH IT TAKES MUCH MORE
STRENGTH TO JUST LET GO.

Jia, tu mutiara kata je pun..
eh mutiara ke permata?
dah, dah..
dua-dua pun bukan.
ala, manusia yang buat kan, bukan kata hadis ke apa


haihhhss
jangan la dok percaya bulat-bulat.
tapi, sikit-sikit tu takpe

kalau berdasarkan pengalaman aku
ada betul gak benda ni sebab..
(berdasarkan maksud yang aku faham la..)

fikir logik la kan,
bila kita ambil masa untuk sendiri,
flashback memori, ambil masa untuk tenang,
Lepas beberapa ketika tu, kita dapat rasa
seakan ada satu perasaan kuat, strength la tu.

macam kekuatan bima sakti
kuat yang datang daripada dalam
daripada jiwa kita yang tulus, kira tak da berselindung
yela, tak tipu..

Time tu kan,
kita dapat rasa yang
kita ni lah orang yang paling berani.
berani untuk hadapi dunia sebenar,
berani nak buat keputusan,
segalanya macam baharu
how semangat kita, jati diri kita
sikit punya lain macam,
membara-bara, berkobar-kobar.

tahu sebab apa?
sebab dalam pada kita menyendiri tu
macam-macam perkara kita renungkan..
yup, time kita sendiri, kita tak ada selindung or hipokrit apa
segala baik buruk diri kita, kita sedar dan akui sendiri

dah macam tu, apa kita buat?
mestilah kita...
banyak doa pada Allah.. mohon, merintih semua
then,
runtuh jugak ego dalam hati kita tu
melimpah air mata duk basah kt pipi kita
kita angkat tangan mohon, serah minta ampun pada Dia
kita jadi hamba yang baru tahu nak hargai Tuhan
yang kenal dah betapa lemahnya diri kita ni.
 
Alhamdulillah kita lebih tenang,
kita akan dapat rasakan bahawa..
betapalah Tuhan tu adalah satu-satunya
harapan yang tak pernah hilang.
Tak pernah jauh daripada kita.

Cuma kita je
Kita yang lupa. kita yang alpa.
kita yang selalu tak ingat betapa Allah tu dekat.

Tak caya, cuba ehh..
nanti time solat, waktu kau sujud akhir, sebelum salam
kau tutup mata, sebut dalam hati betapa hinanya kau
kau cakap pada Dia, semua benda-benda jahat yang
kau dah buat. kau mintalah Dia ampunkan..
in shaa Allah,
dapatlah kau rasa Allah tu dekat sangat.
sangat.. dekat sangat.

Tak kisahlah siapa kita hari ini, kaya, miskin, kuat, hina, bergaya, ternama
yang penting semua tu bukan milik kita.
Allah bagi semua tu untuk lihat macam mana kita hadapi tangani
boleh jadi benda tu semua rezeki, cabaran mahupun ujian untuk kita.

#akucakapuntukdiriaku
#Allahsayangkitasemuasama
#mamatakjadibalikmalamni
#insyaaAllahlusamamasampaijohor
#petanginikeluarcaridessert

Mak nak balik :)

Bismillahirahmanirrahim.


In shaa Allah malam ni mak sampai rumah..
Apa nak masak ek? special for mak tau.. hehe.
5 hari tak jumpa mak, dah rindu sangat nak peluk cium.
takat dengar suara kt telefon tk feel sangat. nak jumpa depan mata

so, late evening hari ni nak buat trifle buah !!
feveret mak juga ni, selain puding roti hehe..
harap-harap menjadilah kali ni. utk someone special kutt
Jia, make it perfect k!

but, this pagi gonna make breakfast utk abah dulu
kan dah janji hari tu nak jaga makan minum abah slagi
mampu. nak nak time mak jauh skrg ni Jia.




Resepi Trifle Buah :
  • Swiss roll
  • 1 tin fruit cocktail
  • Kristal Jeli
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air
  • 7 sudu gula pasir
  • 4 sudu besar tepung kastard


3P sila behave

Bismillahirahmanirrahim.

Betul la kalau kata,
kata-kata tu adalah doa.
Macam aku sekarang ni, sejak-sejak mula ngajar ni
ramai la kata aku ni kurus la, makan sikit la, cekung la..

bila dengar tu, mula la kembang semangkuk.
dalam pada naik idong aku ni, ringan pulak
mulut aku ni g balas
"eh, tak ada la, gemuk la saya.."
"cikgu, mana ada kurus.. gemuk saya ni.."
"kurus apa kak, gemuk ada la, ni pipi ni tengok"

haaa,
sekarang ni, rasakan..
start daripada cuti sekolah hari tu, berat badan aku
dah naik balik ke berat asal. oh tidakk, pipi rasa berat
je.. bila naik penimbang rasa sakit dada pun ada.

tapi dok pada usap dada tu, g jugak dapo
cari snek.. haha. teruk la jia wei..

takpe.
takpe.
takpe.

ESOK AKU START joging k!
siap kau 3P. sila bersedia

perut
pipi
punggung


hip hip aku nak fit
hip hip aku nak sihat
gambate!

Thursday, 4 December 2014

Little Nuha

Bismillahirahmanirrahim.

Alhamdulillah, semalam kakak bagitahu yang babay girl dah ada nama
Selepas seminggu lihat dunia Nur Ain Nuha
gerangan my niece
'cahaya mata yang pintar'
in shaa Allah :)

Syukur nikmat, semoga jadi anak solehah dan dapat berbakti pada
umi dan abi serta ummah, sayang..



#keepstrongNuha
#nakdukungawak
#imissmymami
#iwishtohaveone
#thedaywillcomesoon
#rezekiadauntuksemua
#inshaaAllah

Wednesday, 3 December 2014

Sohabat

Bismillahirahmanirrahim.

"kalau kita nak berubah, mulakan dengan bersahabat dengan orang-orang yang baik.."

ye, bait kata-kata ni la yang aku tak boleh lupa bila
aku teringat pada saabat aku yang sorang ni.
pagi tadi lepas subuh, tiba-tiba aku teringatkan dia.

Nur Afiqah binti Baser.
Fiqah ni rasanya manusia pertama yang aku rapat
sejak masuk maktab. tambah lagi bilik dia sebelah je bilik aku
2 tahun kami kongsi dinding yang sama untuk bersandar.. Allah..
sweet sangat. aku rindu mung la fiqah! (jap nak doa..)




ya Allah, 
kasihilah sahabatku, Nur Afiqah Baser.
kurniakan dia kesihatan tubuh badan, limpahi dia dengan kasih sayang
bahagiakan keluarganya, kayakan ilmu dan kepintaran buat pemata hatinya
Muhammad Morsi dan seluruh insan yang mengasihaninya dan dikasihaninya.

Nak cerita,
banyak perkara aku belajar daripada fiqah.
dan banyak juga benda aku kongsi dengan dia, begitu juga dia
kalau nak diikutkan, banyak betul benda kontra antara kami
soal minat, perangai, kesukaan, tapi ada yang sama
dan itu sangat jelas. kami boleh faham when salah seorang terasa
or ada masalah. Alhamdulillah.. antara kami akan buat something
sampaikan masalah tu dapat diselesaikan. Paling tidak pun, we
ambil tindakan untuk bincangkan dan cuba cari penyelesaian..

Lagi best,
dulu aku agak la jahil bab-bab agama. bukan kata tak tahu
dosa pahala, tapi macam mana cara aku ambil dan faham tu
nampak lah aku ni jahil. buat2 tak tahu sedangkan jelas mana boleh mana tak

Jadi,
bila aku berkawan dengan fiqah ni, slowly aku terikut-ikut dengan dia
dua tahun pertama di maktab nampak macam tak ada apa sangat
tapi kan, Allah tetapkan juga hubungan kami erat. so, aku nampak banyak
benda pada dia yang baik dan benda tu tak ada langsung pada aku
antaranya,
macam mana cara aku dress up
macam mana cara aku bercakap
macam mana cara aku ibadah (solat, puasa smua tu)

banyak yang pincang wei.. malu dalam hati ni
nak nak fiqah ni budak surau. yela, ada badan yang dipegang dalam lajnah
sedangkan aku ni, kalau weekend je mesti nak keluar jalan
keluar-keluar tu dah la dengan pakaian ntah apa2..
dedah lengan sana sini.. tu kaki tu, tak pernah tutup kot.
selipar jamban juga yang aku duk sebat bila keluar

ya Allah.
tapi itu lah kan, Allah pinjamkan aku sahabat.
fiqah ni dia tak tegur direct, tapi kan..
dia tunjuk dengan perbuatan..
contohnya kan,
dia akan cari alasan untuk aku teman dia g somewhere
time tu la, konon kata nak beli stokin..
sebenarnya dia nak bagitau aku wajib tutup kaki tu

kadang tak perasan pun tau.. yela, punya la berdaki hati aku ni
tapi akan sampai masa, moment tu main2 dalam fikiran aku
kenapa dia minta aku teman beli stokin haritu ek?? stokin??

kira macam muhasabah balik la.. Allah gerakkan aku untuk ikut dia
keluar tu bukan kata nak beli apa sangat, cuma nak beli makanan n stokin.
wei, Jia kau nampak kan? ya Allah..

Lepas tu kan,
bukan la aku terus transform jadi baik, pakai stokin pun tak lagi
masa tu. tapi fiqah tak pernah jenuh nak ubah aku tau..
tahun keempat di maktab, kami ditakdirkan untuk berpisah blok
masa tu, blok aku duduk tu betul2 sebelah surau besar.
duduk ground flour pulak tu.

Masa tu aku mmg sedih sebab kiteorg jauh.
tapi kan, manis sangat caturan Allah..
masa duduk berjauhan ni, fiqah ambil peluang
yang ada ni untuk ajak aku join usrah di surau besar.

Memang berat gila hati aku nak ikut, tapi kan
disebabkan aku fikir sampai bila aku nak macam ni..
Allah pun dah mudahkan aku, dapat duduk bilik besar drpd org lain (corner)
level paling bawah pulak tu, dekat gila nak g surau. rasa tak sampai 20lgkh.
mulanya malu nak pergi sebab semua yang join usrah tu kebanyakkan adik2
masa tu aku kira dah senior gak la. batch kedua after paling senior.

kali pertama, aku skip.
kali kedua aku datang.
kali ketiga skip lagi..
lebih kurang macam tu la, kejap ada kejap tak ada

tapi kan, fiqah sentiasa ajak.. tiap kali ada usrah
dia akan text aku awal2.. siap bagitau pukul berapa dia akan ada di surau
sebab nak bagi timing sama, yela.. aku kan pemalu.. haaha malu sebab
tak pandai agama. tu la sebenarnya..

beberapa kali aku pergi,
aku cakap kt fiqah.
"kak, aku malu la.. tiap kali usrah, asyik muka aku je tak pakai stokin"
fiqah balas apa..?
"kak, kita semua usrah dengan perempuan.. tak payah pakai stokin"
"nanti kalau kata aku ajak g event luar, time tu awak ambil stokin aku"
perghh, malu aku kott.

balik je bilik aku terus ambil kunci keta (masa tu bawa keta sebab praktikal)
bedesup aku gerak g tesco cari stokin. g sorang je time tu. roomate pun
tak tau aku g mana. sepanjg dlm kereta tu, air mata aku ni macam air terjun
tak benti2 turun. macam mana fiqah ni betul2 nak aku berubah.
dia tak nak bebankan aku.. dia nak aku terima benda2 ni dengan ikhlas
dia tak paksa aku sikit pun. kalau aku kata tak nak, dia tak pernah pun marah

nekad aku,
balik2 je daripada tesco,
bila nak ke kuliah, nak keluar makan mesti pakai stokin
mesti jia! Alhamdulillah, sampai hari ni aku buat.
cuma kadang tu ada termiss juga :(

Aku rasa kalau nak cerita semua sekali mau berjuta patah kata.
tapi Alhamdulillah
Allah gerakkan aku untuk
- belajar pakai stokin, then handsock
- belajar pakai tudung tutup dada
- belajar sentiasa pakai kain inner
- belajar buat solat2 sunat
- belajar baca tafsir dan faham
(thanks utk tafsir comel tu, moga pahala sampai kt awak fiqah)

Alhamdulillah,
Aku nampak jalan hidup fiqah ni dipermudahkan Allah
ye, atas banyak faktor. Macam mana amal2 dia buat
how dia treat orang lain. Tu semua kan penyebab juga kan
Dah ada suami pun dan anak comel. Gembira untuk awak, Fiqah

Ingat jia,
semua ni berlaku kerana Allah
terima kasih ya Allah kerana hadirkan insan-insan
istimewa dalam aku.
ye, selain mak abah, keluarga.. sahabat antara
insan yang aku sayang. ganjarkan mereka dengan sebaik-baik
kebaikan dunia wa akhirat.

#imissyou
#hopetoseeyou
#nakkongsicerita
#nakdukungmorsi


Balas Jasa Parent

Bismillahirahmanirrahim.

Jia sayang mak 
Jia sayang abah
Jia kasihi keluarga kita



Betul ke sayang Jia?
Kenapa bila sampai hujung bulan, awak masih teragak-agak nak bank-in them
Kenapa bila masa awak rasa nak belanja barang dapur, awak berkira-kira
Walaupun bagi, tapi ikhlas tak hati awak tu?

Dalam soalan emosi Jia?
Kenapa awak cepat sangat sentap bila kena tegur dengan mak abah
Kenapa setiap kali mak or abah minta tolong, awak nak merunggut
Sampaikan hal nak tentukan masa depan, beli kereta semua pun
Mak Abah juga nak kena tolong. Lagi malu bila depa sponsor banyak
benda terutamanya duit dan tenaga.. ya Allah.. malu la Jia.. sepak pipi tu sket!
Terok tau awak ni sebenarnya..

Ok, jangan nak kata sometimes.
Allah tak kira semua tu tau tak!
Bila kita betul2 ikhlas, its not make sense. must EVERYTIMES Jia.
Everytimes mesti buat dengan hati yang lapang, niat yang baik..
Jangan nak tunggu mood baik je nak ikhlas.

Cek balik semua benda yang awak pernah buat pada mak abah
Nak kata hadiahkan kejayaan besar, tak ada pun.
Zaman sekolah, result pun biasa-biasa je. Masuk maktab grad
tak la kata nak dapat Anugerah Cemerlang pun. Jia.. Jia..

...

Ini lah bila aku kata UJIAN ALLAH BAGI LAIN-LAIN setiap manusia
Aku rasa hidup aku banyak diuji dengan benda-benda macam aku cerita ni
How i appreciate my family. mcam mana i treat all my saudara..
nampak macam berlubang-lubang.. bila jadi something, baru lah kata
sibuk-sibuk aku nak buat itu nak buat ini untuk tunjukkan penghargaan aku.

Ada orang, bila cakap soal family, mmg berkobar-kobar.
Sampaikan dalm urusan seharian dia pun, tak pernah sekali dia
lupa asal usul dia. mak bapak dia.

KENAPA AKU TAK MACAM MEREKA?
YA ALLAH, JENTIK HATI AKU SELALU UNTUK KENANG JASA
MAK ABAH AKU YA ALLAH.

JANGAN JADIKAN AKU ANAK DERHAKA
JAUHI AKU DARIPADA SAKITKAN MEREKA.
AKU TAHU, TAK BANYAK YANG AKU BERI PADA MEREKA
SEDANGKAN MAK ABAH DAH BANYAK GILERRRR
KORBAN UNTUK AKU.
MASA AKU DOWN, MASA AKU SAKIT, MASA AKU KENA MAKI

YA ALLAH,
HADIAHKAN SYURGA TERATAS UNTUK MAK NORHASANAH
DAN ABAH SANUSI YANG AKU SAYANGI. KASIHANI MEREKA..


Masa aku ni celik-celik mata je tengok dunia ni, mak abah bekerja.
Kiranya hidup kami ni baik. I mean kalau bab duit ni masih boleh kautim lg.
Walaupun gaji dulu tak lah besar mana, tapi they manage to be enough for
keluarga kecil kteorg. Alhamdulillah.
Walaupun bab duit ok, tapi aku tahu penat lelah kerja tu tetap ada
dengan kudrat patkerat tu la duk kerja sampai lewat petang
untuk sara anak-anak masa tu. Alhamdulillah.. terima kasih mak abah

BILA NAK BALAS JIA....???

Setakat ni bagi duit tiap bulan. please teruskan.
Kalau dapat bonus tu ingat-ingat la, treat adik kakak, anak2 murid
Walaupun mak abah ada salary sendiri, make sure awak bagi juga
Bukan mereka nak tu aku tahu, tapi how we hargai mereka. maksudnya
tak pernah lupa mereka. Lagi pun, berkat kan.. nampak kan.. rasa kan..?
Alhamdulillah..

Sebelum berkahwin, kena balas jasa mereka..
nampak tak??! First posting Allah bagi dekat dengan family
dekat sangat.. sampaikan hari-hari dapat tengok mak abah
duduk sekali. sakit pening pun dapat rasa sama-sama
tapi ingat, bila duduk sekali ni jangan dok leka sangat jia.
ingat, dulu awak duduk rumah, awak jadi anak mak abah
kira budak2 lagi, masih belajar.. dalam tanggungan mereka

Tapi sekarang, status anak tu mmg ada, tapi dah ada salary sendiri
duduk ni dah kira macam menumpang tau.. freeee!! malu sikit
Bila mak abah minta tolong buat ikhlas..
Bila mereka sibuk, ringankan tangan bantu.. tu mak merumput tu
g la jejenguk Jia. tak pun, bila nampak mak kt luar tu, g la dapo
siapkan makanan utk lunch.. jangan asyik nak ngemas jeeerrr.
buat dua dua!! (Tanam azam ni cepat!)

Inshaa Allah, sebelum berkahwin ni (kalau ada rezeki)
Aku nak gembirakan mak abah. ye, mmg aku tak banyak
tunjukkan kejayaan pada mereka. tapi aku cuba untuk
jadi anak yang selalu ada masa untuk gembirakan mak abah
Selagi aku mampu jaga nama baik keluarga kita, aku cuba


Paling aku nak jaga adalah perangai dan kelakuan aku
di luar. Aurat jia! tu satu hal la. aku tak nak sebab kebodohan
aku mak abah terpalit dosa tu. Aku mmg tak bijak dgn ilmu
agama, tapi aku nak juga bagi pahala tuk mak abah..
setiap kali sedekah, pliss niatkan pahala utk mak abah..
tiap kali mengaji sedekahkan pahala tu untuk mak abah..
Buat jia... buat.. itu je yang kau mampu.
INGAT AKHIRAT TU LAGI PENTING
Tak kisah la kuat mana pun kita buat, kerja
untuk senangkan mak abah, tapi pastikan pengakhirannya baik
destinasi abadi nanti. aku nak mak abah dibalas syurga. syurga..

Bab tunjuk kasih sayang aku pulak,
Kalau selalu nak peluk cium mak dengan IzinALLAH memang OK
OK sangat.. sampaikan tengah masak, ke mak lepas mandi ke, tidur
ke apa aku boleh buat dengan tak malunya. mungkin sebab mak banyak
masa untuk aku sejak aku kecil. makan, pakai, rotan, hanger besi
semua tu dah jadi permainan mak dah.. hehe. I LOVE U MAK!

tapi bila dengan Abah macam tak berapa sangat.. malu pun ada
sebab Abah macam pendiam sket. Kalau ada masalah
pun tak nampak sebab dia tak cerita or tunjuk depan2..
Masa sama pun kurang. Then kalau bab2 ngaja pun peranan mak
lagi nampak. Abah kalau marah pun, habis2 ketuk meja.
Kalau bab nak minta duit ke apa pun banyak kt mak lagi.
hehe, sorry abah. tapi Jia tetap sayang Abah.

Apa pun, aku akan cuba juga bahagiakan abah..
kalau pun tak dapat kongsi cerita, aku cuba cara lain..
banyak cara kan jia.. plis, jaga makan minum abah..
jaga makan pakai abah.. bukan nak langgar tugas mak, hahaha
tapi tolong mak lah kan.. abah ni kan anak bongsu, so banyak la
perkara dia tak tahu buat.. so, ringankan tugas mak

IN SHAA ALLAH.

Selepas kahwin macam mana?
..... masih memikirkannya .......

dimanakah aku selepas kahwin?
tanggungjawab aku berubah tak?
boleh lagi tak nak jaga mak abah?

Allah.. persoalan yang aku perlu jawab.
Tak Apa, ada masa lagi.
belajar jia. belajar..

Jangan samakan orang lain dengan kita

Bismillahirahmanirrahim.

Pernah dengar tak;
"setiap satu kesusahan didatangkan satu kemudahan"
"..ujian Allah bagi hanya pada orang yang benar-benar kuat untuk hadapi"
"..Allah tak akan bebankan hambaNya dengan beban yang tak dapat ditanggung"
"Setiap yang kita dapat hari ini adalah apa yang kita DESERVE TO GET"

Please diri, jangan salahkan sesiapa.
Takut2 boleh kufur awak tau Jia.
Astaghfirullahadzhim..

Dah, perbaharui syahadah..

Baik,
Ni tak lain satu la, nak ingatkan diri aku sendiri
Jia, MOHON SYUKUR, TABAH DAN SABAR BILA HADAPI MASALAH
actually bukan la masalah sangat, cuma UJIAN or CABARAN
Allah datangkan hal yang kau rasa berat ni, bukan ke
sebab Allah sayang kau. Sesekali kau relax je, chilling sana sini
sampai tak hingat Dia.. sampai abaikan tanggungjawab lain..

kadang tu melebih-lebih pun ada.. bab belanja, riak semua tu
mana yang boleh perasan lagi tu, Alhamdulillah sangat
tapi, macam mana dengan yang kau sendiri tak perasan?

hope orang lain dapat maafkan kau.
nah, aku pun nak maafkan orang lain juga
sebab kadang kala, memang kita boleh nampak orang buat salah kt kita.
ni bukan nak cakap aku bagus, sampai nampak macam aku je betul, tapi..

nak bagitau, yang ada sebab kita nampak semua tu..
sebab,
Allah nak tunjuk pada kita, apa yang kita dah buat pada orang lain
macam cerminan pada diri kita sendiri la ni.
yela, sakitkan hati orang lain, buat orang lain bengang dsb.
kadang, sebab tak bagi signal masa bwak kete pun,
boleh buat maki hamun tau..
ingat tu.

....

Ujian buat kita manusia ni BERBEZA.
Jangan duk fikir sangat UJIAN KITA PALING HEBAT.
tapi sentiasa tanamkan SEMUA ORANG ADA BAHAGIAN MASING2

Orang muda, ujiannya berhadapan dengan HIBURAN, PERASAAN
NAFSU NAFSI, BERCINTA-CINTUN, ACTION semua tu.

Orang berusia, ujiannya mungkin berbeza, HADAPI KARENAH ANAK2,
MASALAH KEWANGAN, HAL RUMAH TANGGA, KESIHATAN dsb.

Orang kurang berkemampuan dengan masalah sendiri, manusia kaya billionaire
sekali pun ada masalah dia sendiri. Berjaya ke tak kita hadapi masalah tu
semua bergantung pada SEMANGAT dan USAHA KITA.

Memanglah dalam agama, Allah kata kalau ada masalah, cakap pada Dia
sebab Dia Maha Tahu. Tapi jangan la sampai duk tadah tangan je. Usaha tu
kena sekalikan.

"Tiada bangsa yang dapat mengubah nasib sesuatu
bangsa itu kecuali bangsa itu sendiri mengubahnya.."

Jelaskan Jia??
Bila hadapi ujian Allah,
Ambil masa untuk bertenang.
Kalau boleh, menangis.. menangislah
(tu jela modalnya.. but memang berhasil)

Lepas dah calm down, baru fikir
apa tindakan nak buat untuk hadapi ujian tu.
Boleh jadi, ujian tu berakhir dengan tindakan yang mudah,
ada kala memakan masa dan pinta untuk kau berkorban sesuatu
itu bahagian masing-masing. Ada hikmah, ada hikmah, ada hikmah
In Shaa Allah..

JIA SELALU LUPA
TAPI JANGAN PERNAH PUTUS HARAPAN
KARANG ADA MASALAH, BACA ENTRI NI BALIK K!


Jangan Pendam Sendiri, Kongsikan

Bismillahirahmanirrahim.

Syukur ke hadrat Allah subhanaAllah Taala kerana
hari ini aku masih diberikan kesempatan untuk hidup
walaupun bangun2 tadi tak sempat nak buat ibadat sunat apa
tidur lewat semalam, sampai miss 2 alarm wajib tiap pagi.

astaghfirullahaladzhim.
forgive me Allah..


Alhamdulillah juga aku panjatkan pada Allah. Syukur
Akhirnya semalam ada yang sudi berkongsi sesuatu dengan aku
Kongsi apa yang duk main dalam fikiran dia lately.
ya Allah..
baru aku tahu, selama ni aku dah berburuk sangka
dengan dia. cepat sangat hati aku ni tau. istighfar jia.

then semalam tak sempat nak minta maaf kt dia
conversation semalam pun mcm abis mengejut je. tiba2 senyap
rasa ada orang yang tertido tiba-tiba. hehehe. takpe la,
faham. letih kerja tu.

Tak banyak perkara yang dikongsi, tapi yang satu ni pun
pada aku dah besar dah. yep, kongsi benda yang melibatkan
masa depan, somethng yg akan myb boleh buat kacau
bila dah married nanti. syukur bincang awal. yela, at least
persediaan tu ada. aku kena faham, dan dia pun sama.
terutama sekali benda ni melibatkan soal tanggungjawab.

dalam Islam pun, itulah yang diutamakan.
tanggungjawab sebagai seorang suami, isteri
peranan sebagai anak kepada ibu bapa kandung
sebagai anak kepada ibu bapa mertua
ok sampai tu je.
bab anak tak masuk lagi ni. pending lagi la jawabnya. hehehe

...
Nah, pengajaran yang aku dapat lepas jam 12.30 semalam.

Bila kita nak buat sesuatu tu, perkara penting yang nak tengok
apa NIAT yang kita duk tanam dalam sanubari kita.
first of coz kena TETAPKAN KERANA ALLAH. lepas tu baru
pergi pada sebab lain, sebab nak dapat redha mak bapak, sebab
nak balas budi seseorang, sebab nak bhagiakan keluarga dsb.

Then, bila dah pasang niat, kita kena tengok pula pada
KEUPAYAAN DAN KEMAMPUAN kita. Untuk adakan sesuatu
perkara itu, adakah kita mampu daripada segi kewangan, kudrat kita
dan banyak lagi keupayaan lain yang boleh dikaitkan. Masa, komitmen
dsb la. tu cari contoh sendiri..

Soal TANGGUNGJAWAB takleh nak abai. Bila mana
kita nak buat sesuatu perkara yang melibatkan orang
yang kita sayang. Sila lihat semula turutan dalam senarai
tanggungjawab kita. Mana yang paling utama untuk didahulukan
Perlu diutamakan ni kena tengok juga pada SITUASI YANG DIHADAPI

Ada masa kita perlu dahulukan senarai teratas, senarai kedua, senarai bawah
dsb. Semua tu bergantung semula pada prinsip2 yang dah sebut
dalam perenggan atas2 ni kan. Bila benda yang kita nak buat tu
melibatkan insan tak kisahlah dalam turutan ke berapa pun,
pastikan layanan itu ADIL DAN SESUAI. Takut-takut ada pihak
lain yang mungkin akan terasa hati dengan tindakan kita
Benda yang paling takutnya mcam ni la, bila jadi perkara yang
kita buat, tak dapat KEBERKATAN apabila urusan 'adil' tu
tak kita ambil peduli dan sempurnakan dia.
MELETAKKAN SESUATU PADA TEMPATNYA.


Setelah itu, fikir semula adakah sesuatu yang kita buat ini
MENDATANGKAN MUNAFAAT kepada agama, orang lain.
Seperti semua orang harapkan, bila buat sesuatu tu kita nak
la pekerjaan tu mendapat ganjaran pahala drpd Allah. sebab tu
kata, bila buat something tu biar dapat menyumbang pada banyak pihak
bukan untuk diri kita sahaja, tapi untuk orang lain especially.
Renungkan Jia...
jangan duk syok sendiri ja bila nak buat ssuatu tu.
Buat awak, ambil masa dan fikir semasak-masaknya.

Sebagai teman, Jia cuba faham
Mana yang Jia rasa boleh terima Jia terima
Mana yang musykil tu inshaa Allah Jia cuba kongsi
Nanti..
Semoga perjalanan hidup ni yang indah2 belaka. Allahu..

have a nice day Jia!
keep handsome ! smile a lot !


Mudah Urusan TQ Allah

Bismillahirrahmanirrahim.

Percaya tak,
Allah akan permudahkan setiap urusan kita,
selagi mana kita menjaga hubungan dengan Allah.

Tak kisahlah jaga daripada segi apa, solat, kerja harian
jaga pada waktu bila, bila jatuh, bila bangun, bila senang
Janji Allah kan pasti.

Alhamdulillah.
Hari ni, keluar dari rumah lebih kurang jam 12.30 tengahari
sebelum keluar sempatkan juga diri buat dhuha
Syukur, urusan di bank lancar.
Lepas selesai di bank, meluncur ke masjid untuk zuhur
Tak dapat jemaah, mungkin berkat selit sikit tadi
Syukur, urusan di proton juga lancar.
Sampai lewat, tapi ngam2 pegawai bank n en.fauzi dh ada
Di proton tdi niat nk senyum banyak, n dapat buat
Alhamdulillah, Allah sempatkan aku untuk ke masjid
Kali ni dapat berjemaah. Syukur.
Balik tu rezeki lagi, jumpa Abah kt jalan.
So, my first man escort sampai rumah. best3!

Allah bayar cash.
Terima Kasih Allah,
selama ni aku yang buat-buat buta
tak nampak semua yang Allah limpahkan. rezeki bukan
sekadar hidup mewah, senang, bukan sekadar keluarga bahagia
tapi melingkari setiap satu nikmat, kebaikan yang Allah beri.

Tolong Lihat Jia..
Tolong Ingat Jia..
Didik hati awak..

Tuesday, 2 December 2014

Mini J

Bismillahirahmanirahim 

AlhamdulilLah
Semoga Allah berkati
Terima kasih abah
Terima kasih ma


 JQP 4441

Alhamdulillah syukur

Bismillahirahmanirahim.

Terima kasih Allah kerana meminjamkan hidup ini pada aku.
Keluarga yang sempurna untuk aku. Ye, secukup mana aku perlu.
mungkin tidak sesempurna bagi insan lain. dan Alhamdulillah..
Aku tak mengharap lebih. latih untuk terus syukuri
namun untuk ditambahbaik, diperbaiki mana kurang
itu tidak salah.

Nikmat kesihatan, nikmat masa, nikmat anggota tubuh,
nikmat kudrat, nikmat tenaga, nikmat akal, nikmat penglihatan,
banyak sangat nikmat yang dipinjamkan sekarang ni.
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...ya Rahman ya Rahim

Tambah lagi,
Semalam baby girl dah boleh discaj dari HKB. Now dah ada di rumah
bersama umi, abi, tok mak, mama tok dan abah tok. n dgn abe long hafiz
Walaupun jauh jaraknya antara kami dengan mereka, inshaa Allah
doakan, dan harapan tetap bersama antara kita.

Jia, abah, nana, iqa dan semua family tok mak tok abah
sentiasa harap umi dan baby cepat sembuh.

little caliph,
u're so special.
we'll always pray for u. keep strong
dear baby.


pss:
i love my family.
the way they're.
as best as the way they treat me.
Alhamdulillah.
jangan mengeluh, sayangi mereka.


KASIH SAYANG ALLAH SENTIASA BERSAMA
ORANG YANG SENTIASA MENGASIHASI SESAMA INSAN.

BAHAGIAKAN PARENT
UNTUK BAHAGIAKAN DIRI