Bismillahirahmanirrahim.
"kalau kita nak berubah, mulakan dengan bersahabat dengan orang-orang yang baik.."
ye, bait kata-kata ni la yang aku tak boleh lupa bila
aku teringat pada saabat aku yang sorang ni.
pagi tadi lepas subuh, tiba-tiba aku teringatkan dia.
Nur Afiqah binti Baser.
Fiqah ni rasanya manusia pertama yang aku rapat
sejak masuk maktab. tambah lagi bilik dia sebelah je bilik aku
2 tahun kami kongsi dinding yang sama untuk bersandar.. Allah..
sweet sangat. aku rindu mung la fiqah! (jap nak doa..)
ya Allah,
kasihilah sahabatku, Nur Afiqah Baser.
kurniakan dia kesihatan tubuh badan, limpahi dia dengan kasih sayang
bahagiakan keluarganya, kayakan ilmu dan kepintaran buat pemata hatinya
Muhammad Morsi dan seluruh insan yang mengasihaninya dan dikasihaninya.
Nak cerita,
banyak perkara aku belajar daripada fiqah.
dan banyak juga benda aku kongsi dengan dia, begitu juga dia
kalau nak diikutkan, banyak betul benda kontra antara kami
soal minat, perangai, kesukaan, tapi ada yang sama
dan itu sangat jelas. kami boleh faham when salah seorang terasa
or ada masalah. Alhamdulillah.. antara kami akan buat something
sampaikan masalah tu dapat diselesaikan. Paling tidak pun, we
ambil tindakan untuk bincangkan dan cuba cari penyelesaian..
Lagi best,
dulu aku agak la jahil bab-bab agama. bukan kata tak tahu
dosa pahala, tapi macam mana cara aku ambil dan faham tu
nampak lah aku ni jahil. buat2 tak tahu sedangkan jelas mana boleh mana tak
Jadi,
bila aku berkawan dengan fiqah ni, slowly aku terikut-ikut dengan dia
dua tahun pertama di maktab nampak macam tak ada apa sangat
tapi kan, Allah tetapkan juga hubungan kami erat. so, aku nampak banyak
benda pada dia yang baik dan benda tu tak ada langsung pada aku
antaranya,
macam mana cara aku dress up
macam mana cara aku bercakap
macam mana cara aku ibadah (solat, puasa smua tu)
banyak yang pincang wei.. malu dalam hati ni
nak nak fiqah ni budak surau. yela, ada badan yang dipegang dalam lajnah
sedangkan aku ni, kalau weekend je mesti nak keluar jalan
keluar-keluar tu dah la dengan pakaian ntah apa2..
dedah lengan sana sini.. tu kaki tu, tak pernah tutup kot.
selipar jamban juga yang aku duk sebat bila keluar
ya Allah.
tapi itu lah kan, Allah pinjamkan aku sahabat.
fiqah ni dia tak tegur direct, tapi kan..
dia tunjuk dengan perbuatan..
contohnya kan,
dia akan cari alasan untuk aku teman dia g somewhere
time tu la, konon kata nak beli stokin..
sebenarnya dia nak bagitau aku wajib tutup kaki tu
kadang tak perasan pun tau.. yela, punya la berdaki hati aku ni
tapi akan sampai masa, moment tu main2 dalam fikiran aku
kenapa dia minta aku teman beli stokin haritu ek?? stokin??
kira macam muhasabah balik la.. Allah gerakkan aku untuk ikut dia
keluar tu bukan kata nak beli apa sangat, cuma nak beli makanan n stokin.
wei, Jia kau nampak kan? ya Allah..
Lepas tu kan,
bukan la aku terus transform jadi baik, pakai stokin pun tak lagi
masa tu. tapi fiqah tak pernah jenuh nak ubah aku tau..
tahun keempat di maktab, kami ditakdirkan untuk berpisah blok
masa tu, blok aku duduk tu betul2 sebelah surau besar.
duduk ground flour pulak tu.
Masa tu aku mmg sedih sebab kiteorg jauh.
tapi kan, manis sangat caturan Allah..
masa duduk berjauhan ni, fiqah ambil peluang
yang ada ni untuk ajak aku join usrah di surau besar.
Memang berat gila hati aku nak ikut, tapi kan
disebabkan aku fikir sampai bila aku nak macam ni..
Allah pun dah mudahkan aku, dapat duduk bilik besar drpd org lain (corner)
level paling bawah pulak tu, dekat gila nak g surau. rasa tak sampai 20lgkh.
mulanya malu nak pergi sebab semua yang join usrah tu kebanyakkan adik2
masa tu aku kira dah senior gak la. batch kedua after paling senior.
kali pertama, aku skip.
kali kedua aku datang.
kali ketiga skip lagi..
lebih kurang macam tu la, kejap ada kejap tak ada
tapi kan, fiqah sentiasa ajak.. tiap kali ada usrah
dia akan text aku awal2.. siap bagitau pukul berapa dia akan ada di surau
sebab nak bagi timing sama, yela.. aku kan pemalu.. haaha malu sebab
tak pandai agama. tu la sebenarnya..
beberapa kali aku pergi,
aku cakap kt fiqah.
"kak, aku malu la.. tiap kali usrah, asyik muka aku je tak pakai stokin"
fiqah balas apa..?
"kak, kita semua usrah dengan perempuan.. tak payah pakai stokin"
"nanti kalau kata aku ajak g event luar, time tu awak ambil stokin aku"
perghh, malu aku kott.
balik je bilik aku terus ambil kunci keta (masa tu bawa keta sebab praktikal)
bedesup aku gerak g tesco cari stokin. g sorang je time tu. roomate pun
tak tau aku g mana. sepanjg dlm kereta tu, air mata aku ni macam air terjun
tak benti2 turun. macam mana fiqah ni betul2 nak aku berubah.
dia tak nak bebankan aku.. dia nak aku terima benda2 ni dengan ikhlas
dia tak paksa aku sikit pun. kalau aku kata tak nak, dia tak pernah pun marah
nekad aku,
balik2 je daripada tesco,
bila nak ke kuliah, nak keluar makan mesti pakai stokin
mesti jia! Alhamdulillah, sampai hari ni aku buat.
cuma kadang tu ada termiss juga :(
Aku rasa kalau nak cerita semua sekali mau berjuta patah kata.
tapi Alhamdulillah
Allah gerakkan aku untuk
- belajar pakai stokin, then handsock
- belajar pakai tudung tutup dada
- belajar sentiasa pakai kain inner
- belajar buat solat2 sunat
- belajar baca tafsir dan faham
(thanks utk tafsir comel tu, moga pahala sampai kt awak fiqah)
Alhamdulillah,
Aku nampak jalan hidup fiqah ni dipermudahkan Allah
ye, atas banyak faktor. Macam mana amal2 dia buat
how dia treat orang lain. Tu semua kan penyebab juga kan
Dah ada suami pun dan anak comel. Gembira untuk awak, Fiqah
Ingat jia,
semua ni berlaku kerana Allah
terima kasih ya Allah kerana hadirkan insan-insan
istimewa dalam aku.
ye, selain mak abah, keluarga.. sahabat antara
insan yang aku sayang. ganjarkan mereka dengan sebaik-baik
kebaikan dunia wa akhirat.
#imissyou
#hopetoseeyou
#nakkongsicerita
#nakdukungmorsi
No comments:
Post a Comment