Cuti yang dipenuhi kenduri nasi minyak bermusim sekarang ni
memang kadang-kadang terbawa-bawa duk fikir sebelum lelap mata.
Mana taknya, bila pergi kenduri tu tak kira lah jumpa makcik ke kawan2 ke
soalan-soalan dia agaklahh menusuk sanubari sampaikan nak menjawab tu
tergeliat gak lidah ni. haha.
Bukan kata tak ada jawapan nak cakap, tapi mcm tu la reaksinya..
makan 2, 3 saat nak bersuara. hahaha, kebiasaannya lahh.
Bulan november to disember ni banyak jugak invitation wed sana-sini.
tapi macam biasa la, ada juga yang miss nak p. sebab jauh, tak berapa kenal,
kekangan masa sebab hal-hal tak diduga dsb. Btw, mana kawan or kenalan
yang kenal tu in shaa Allah cuba untuk hadir.
Semalam terbaca quote ni ada junior share di fb :
Don't rush into marriage just because your friends are now all married.
Allah will sent you your spouse when He know you're ready.
Ntah knapa, bila aku baca quote ni aku tersenyum sorang-sorang.
Dua kali aku baca, tergelak pulak.. So, pagi ni aku baca lg sekali,
terdiam, tak gelak, tak senyum.
Semoga dikurniakan insan yang menyayangi diri ini dan my family seadanya.
Mudah-mudahan.

No comments:
Post a Comment