Wednesday, 26 November 2014

Pertama, terima kasih Allah

Bismillahirahmanirrahim.

1 Muharram bersamaan 25 Oktober 2014.
Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas caturan-Mu.

Walaupun menurut firasat aku, pertemuan ini adalah sesuatu yang disengajakan, dirancang, namun aku tahu banyak hikmah yang Kau selitkan padanya. Khususnya yang baik untuk aku, untuk dia. Tak lupa pengajaran yang Kau titipkan untuk aku renungkan dan insafi buat masa akan datang. Alhamdulillah syukur.

"Lepas zuhur di MyDin MITC, Melaka. In shaa Allah"
_______________ (few minutes conversation)
"Jmpk esok" 11.42pm
_______________ (didn't reply, dilema..)
"Hati2 drive" 12.52pm
_______________ "Hati2 drive" 1.00pm

Macam tu je kan.
Sebernarnya malam tu, hati aku masih berbelah-bahagi.
Nak jumpa, tak nak jumpa.
Kalau jumpa, mesti aku akan rasa diri aku dh terikat.
Jika tak jadi, serba salah dibuatnya seumur hidup.
Andai tak jumpa, rasa-rasa memang sure tawar dah hati aku ni.
Malang lagi kalau hati dia pun makin tawar pada aku.

Sejujurnya,
bukan mudah untuk aku buat keputusan bila
pergi persoalan 'cinta'. ehhh, cinta ke ni? ohhemmgi
ye la, persaan suka, minat dan paling best lagi nak sebut,
ke alam perkahwinan. wahh... kemain jia! hahahah

Dilema aku bermula sejak hari di mana dia sebut
"tentang kita".
Ya Allah, seriau bedesar jugak hati dan perasaan aku
bukan selalu tau dapat soalan-soalan macam ni..
kalau sebelum ni... hmm, cepat-cepat je aku ngelak.
sebelum sempat pun someone nak masuk jarum.
ya Allah, ampunkan aku. Berapa dah perasaan aku sakitkan
:'(
:''(
:'''(
:''''(

Lepas explain, alhamdulillah dia faham.
Seperti permintaan aku sebelum ni untuk berjumpa, lihat depan mata
sebelum pergi lebih jauh, dia dengar dan masih ingat. Terima kasih..

Allah takdirkan masa dan ruang untuk dia dan aku bertemu.
Itu pun selepas beberapa minggu kami decide untuk jumpa akhirnya.
Kesibukan kerja, sekolah ganti, urusan luar memberikan waktu
untuk aku berfikir, mohon petunjuk pada Dia untuk buat keputusan,
jumpa atau tidak.

Tempoh masa 'penantian' itu aku rasakan cepat sangat berlalu.
Hampir setiap hari aku menangis. tak tahu kenapa, rasa sayu sangat
setiap kali aku cakap pada Dia. Banyak aku minta.. tak malu kan aku..
Tapi aku tahu, Allah sangat mendengar, faham dan paling aku suka,
masa ini juga Allah makin rapatkan hubungan aku dengan mak dan abah.

Alhamdulillah. Allah ringankan lidah aku untuk berkongsi dengan mereka
masalah, perasaan dan pendapat aku. Jadi, tidaklah aku sorang-sorang je
hadapi dilema ni. Adik beradik, kawan-kawan semuanya jauh. Pilihan terbaik
Mak dan Abah. :')


Bila aku fikir kan, dilema ni mungkin tanda Allah nak aku
bersedia dan fikirkan tentang arah hidup aku seterusnya dengan lebih
yakin, cekal tanpa mengetepikan Dia dan Mak Abah.

Selepas mak dan abah restu kami untuk berjumpa..
Sekali lagi datang beberapa cabaran untuk aku, untuk hati aku.
Aku tak nak cerita sini, sebab aku tak nak ingat semua ni, nanti
belah bahagi jadinya perasaan aku sekarang ni. cukuplah..
Cuma satu jela, my ex-classmate, aku hargai
penantian dan kesabaran dia dalam menangani perangai aku

ya Allah, jodohkan sahabat aku ini dengan jodoh yang baik.
yang solehah dan dapat menjaga dia sebaik mana dia menjaga dirinya.
Jia minta maaf. Jia doakan yang terbaik untuk awak.
Terima kasih juga untuk nasihat-nasihat selama ini. Syukran jzlan.

..dan saat ini, aku masih cuba untuk faham dan kenali dia.
hari-hari aku lalui hari ni memang mematangkan. Jap, bukan disebabkan
sesekali kami text, chat.. tapi sebab setiap hari Allah jentik hati aku
untuk lihat apa yang berlaku disekeliling aku. banyak perkara aku perhati
Syukur, bila diperhati.. sebenarnya banyak aku dapat belajar. Allah beri
aku cuba faham dan adapt. Walaupun, tak sesempurna mana.

"letakkan urusan dunia hanya di tapak tangan, dan Allah dihati.
kelak jika anda kecewa dengan dunia, Allah adalah satu-satunya
punca dan harapan kita untuk kekal KUAT."

wahai Allah, jika mana baik bagiMu, bagi Ibu Bapaku,
Kau permudahkanlah.

Miliki aku hati aku untuk terima dengan redha..
akan kelebihan dan kekurangan yang ada padaku dan dia.
Aku masih belajar, dan terus memahami.



#soalujiansakitkepala
#kitaceritalainentry
#cabaransebelumjumpa
#cabaranselepasjumpa
#apakatahatiaku
#apapandanganaku


No comments:

Post a Comment