Menjalani pembedahan sememangnya satu pengalaman yang tidak semua orang dapat rasa. Jadi kalau anda pernah dibedah, kira special la kan. Kepada yang akan menjalani pembedahan, tak usah takut or risau. Saat mana anda dapat tahu akan dibedah, fikirkan tujuan dan kebaikan operation tu nanti. Dan paling penting, mohon berikan kepercayaan penuh kepada doktor dan nurse2 yang akan bertugas. Percayalah, anda akan tenang dan yakin untuk tunggu tarikh pembedahan.
Berdasarkan pengalaman, luka pembedahan ni agak sensitif. Maksudnya, banyak perkara yang perlu diambil perhatian. Kata orang lama, kena berpantang lepas pembedahan. Setuju sangat! Pengalamn tak dengar nasihat mak untuk berehat lepas operation, aku diserang demam 'kuskus' 3 hari. Kalau orang melayu panggil 'bentan'. Masa tu seksa sangat sebab badan kita akan rasa sejuk sampai ke tulang dan menggigil satu badan. Kepala pula rasa berat dan tak larat nak bangun. So, berpantang la ye
Sebaiknya, selepas seseorang itu dibedah, anda perlu rehat secukupnya. Tempoh rehat penuh tu adalah antara 1 ke 2 hari selepas bedah. Walaupun anda rasa badan tu kuat dan larat untuk buat kerja, tolong jangan nak gagah diri kemas rumah atau angkat barang-barang di rumah. Mungkin bagi golongan remaja, pada awal pembedahan badan rasa kuat. Kadang tu tak rasa pun macam orang sakit. Namun, sebenarnya luka bedah dan sistem dalam badan tu masih lemah. Dan kalau terdesak, solat la dengan cara duduk. Ini adalah untuk mengurangkan pergerakan tubuh badan anda.
Selain itu, sila ambil antibiotik yang doktor bagi. Kena habiskan dan makan ikut dos yang dah ditetapkan. Kalau nak cepatkan proses sembuh luka, makanlah jeli gamat, sup ikan haruan atau ambil pati ikan haruan (Harwany) yang ada muka Imam Muda Asyraf, dijamin halal. Kalau tak boleh telan, makan kapsul pun tak apa. Senang tinggal telan. Ada juga yang kata banyakkan makan sayur dan buah-buahan yang kaya vitamin c dan e. Elakkan makanan berlemak, sejuk, gatal dan pedas juga. (Pesan orang lama, Pak doktor dok pong suruh)
Dari segi penjagaan luka luaran pula, elakkan daripada menyentuh sendiri dengan tangan or bergeseran dengan pakaian anda. Sesetengah kes, doktor akan tutup luka bedah dengan plaster dan ada juga yang terdedah sahaja. Jadi, kena hati-hati la. Kalau nak selamat, sediakan siap-siap stok plaster atau pembalut luka. Tukar apabila perlu untuk elakkan jangkitan pada luka bedah. Selain tu, doktor juga pesan untuk elakkan terkena air pada luka bedah. Kalau luka melibatkan kawasan wuduk, lepas suakan air pada anggota badan, lap or keringkan tempat luka tu.
Apa pun, kita ikhtiarlah mana yang terbaik. Semua pun sama ada berkesan atau tidak, cepat sembuh mahupun makan masa semuanya dengan izin-Nya. Sudah usaha, kita tawakal, k :)
Salam sis... saya pun baru lepas pembedahan fibroadenoma. Nie dah masuk minggu ke-3. Masih solat duduk. Ketumbuhan ada dua, 4X4 cm dan 1X1 cm. Bahagian kiri. Sis berapa lama baik luka? Berapa hari sis solat duduk?
ReplyDelete