Bismillahirahmanirrahim..
Alhamdulillah, hari ni last day bertugas di sekolah bagi sesi persekolahan tahun 2014.
Syukur pada Allah sangat-sangat kerana masih memberi peluang untuk aku
terus hidup dan jalani rutin setiap hari.
wahai Allah, ampunkan khilaf dan rungutan aku setiap hari.
AstaghfirulLahaladzhim..
Baik, tahun depan nampak gaya akan merangkap pembantu guru bimbingan kaunseling. Alhamdulilllah, Allah sayang aku.. Terima kasih Allah.. Semoga Kau kuatkan aku untuk cabaran ini. *teruskan positif InshaaAllah.
Sebenarnya nak cerita ni, bimbingan dan kaunseling lain.
Yang lain macam sikit.. nah,
Sejak hari yang mana kawan sekerja di sekolah (Tim bukan nama sebenar) try nak masuk jarum, satukan aku dengan seorang cikgu duda dari convent, bermulalah episod bimbingan dan kaunseling 'peribadi' yang tak aku sangka-sangka. Hampir setiap kali bertemu mesti kena kaunseling. Telinga... oh telinga, sabar naa. Cheq tak buleh elak. Bertahan k :'(
Situasi ni makin menular sejak-sejak aku declare status pada Tim ni. Punya la nak bagi dia faham dan tak la duk masuk jarum lagi. *kununnya.
Tim ni pada pandangan aku memang someone yang suka bercerita. Nak lagi sedap, menasihat lah kan. Banyak hal, tentang kerja, tentang emosi, dan paling banyak aku dengar adalah tentang RUMAH TANGGA. Okay lah kan, sebab dia pun pada aku memang dah senior n terang-teranglah banyak makan garam, gula, ajinamoto semua tu. Tak kan tak faham lak jia kan.
Tapi kan...
Siapa boleh tahan kalau setiap kali jumpa dengar tentang perkara yang sama.
OK, bukan 100% sama, tapi topiknya SAMA. lately la kan,
tentang URUS MASA dalam RUMAHTANGGA
KOMITMEN dalam RUMAHTANGGA
PERSELISIHAN dalam RUMAHTANGGA
KEWANGAN dalam RUMAHTANGGA
sebenarnya tak salah pun nak cerita, betul tak? ... ya!
cuma, pendekatan tu kena la cover sikit kan..
tak boleh lah kalau nak cerita..
time AKU TENGAH MENGAJAR..
time AKU TENGAN SIAPKAN LAPORAN..
time AKU SORANG-SORANG DALAM BILIK PMU..
time AKU DENGAN MUKA STRESS NGADAP PC..
apa salahnya cari masa yang sesuai,
masa MENUNGGU ASSEMBLY.. :)
masa REHAT DI KANTIN.. :)
masa TERSEREMPAK NAK BALIK.. :)
masa PERTUKARAN WAKTU.. :)
hmmmmmmm.
..dan aku terus mengharapkan suatu keajaiban berlaku mulai sesi 2015.
semoga Allah redha dan berkati rezeki aku, kau dan semua. ameen.
No comments:
Post a Comment