Thursday, 27 November 2014

Aku Tak Boleh Tipu Diri Sendiri

Bismillahirrahmanirrahim.

Forgive me, Allah.

ya Allah, jika kehadiran dia sekadar untuk
menguji hati aku, kau jauhkanlah dia daripada ku
dan jauhkan aku daripadanya..

Namun andai ini hanya satu cabaran yang
harus aku hadapi, maka tetapkanlah hati ku
didik hati aku untuk menerimanya..

lately aku rasa memang dia hilang daripada hidup aku
masa-masa aku perlu untuk ada orang dengar dan cakap
dengan aku, masa tu juga dia tiada.

sampaikan aku rasa
tak ada beza antara punya 'teman' atau tidak
dalam banyak perkara, nampak macam aku
sahaja yang beriya-iya. aku tidak kuat mana.

ye, aku admit memang sebelum ni cetek sgt perasaan
or rasa sayang macam ni. sebab sejujurnya sayang tu
tak berapa nak datang. Untuk dia, dan org lain sekali pon


sekarang ni,
malng lagi, setiap kali ditanya, aku tak sanggup
nak cerita hal yang sebenar. dengan erti kata lain
aku tak tahu macam mana nak cerita apa yang aku rasa
takut-takut boleh melukakan or something like that la
sakitkan hati org lain smata-mata sbb nak bt diri sndri hepi
erkk no no no Jia. kcuali la ssuatu yg mlibatkn syariat

tapi aku memang tak dapat tipu diri aku sendiri.
hmmm, apa daya aku. tahan saje selagi mampu.
harap dapat bertahan lebih lama, dan selamanya.

ya Allah, tunjukkanlah pada aku.
apa yang terbaik.

jika perkara ini adalah jentikan sayang daripada Kau
jadikan aku hamba yang paling redha.

jika perkara ini nak buatkan aku lebih memahami dia, Kau
lahirkan pada aku kefahaman yang paling dalam untuk aku.

jika perkara ini penentu hati kami tidak serasi, Kau
tunjukkan dan berikan haluan terbaik untuk kami berdua.

bengkak juga hati ni.

just now, wanna say
I LOVE MY FAMILY MORE.
and DIDIK HATI UNTUK TERUS PEGANG CINTA ALLAH
DENGAN LEBIH KUAT. in shaa Allah

s a m p a h

Bismillahiramanirrahim.

r a s a d i r i s e n d i r i m a c a m s a m p a h.

kenapa lately aku rasa macam hidup aku terkurung
perasaan bila nak hadapi kerja-kerja seharian ni
diibaratkan seperti tergendala, tersekat oleh perasaan
tak bebas.

nak kata hipokrit pun ada.

aku buat kerja orang lain sebab nak jauhkan persengketaan
aku ikutkan keinginan orang lain semata-mata nak jaga ukhwah
aku belanja or treat someone sebab aku nak dia gembira
aku berikan komitmen pada orang lain sebab nak dia rasa dihargai
aku sanggup tunggu bersengkang mata semata tak nak miss berita apa2


tapi lepas aku buat semua tu
aku rasa usaha akuni  tak beri kelebihan apa pun pada aku
aku buat, aku habis belanja, aku kerah tenaga, aku layan perasaan aku
tapi hasilnya aku tak dapat rasa. so sad.

maksudnya, hasil yang aku harapkan. macam tu la..
bila aku fikirkan balik
tak ada beza antara aku dengan s a m p a h.
(tak tau la kena ke tak perumpamaan kau ni jia, hmm)

kena disepak ke sana ke sini.
berterabur, berselerak, berterbangan
keluar bau busuk, sakitkan pandangan
dalam hati ni,
sentiasa harap ada orang pungut
hantar g kitar semua ke apa, namun tiada kebaikan
pun yang boleh diharap-harapkan.

apa pun, terima kasih.

aku masih belajar untuk faham.



#terimakasihkepadayangliftup
#terimakasihjugakepadayangmakedown
#liveupdate
#emositakstabil

#sabarselagimampu

Wednesday, 26 November 2014

Pertama, terima kasih Allah

Bismillahirahmanirrahim.

1 Muharram bersamaan 25 Oktober 2014.
Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas caturan-Mu.

Walaupun menurut firasat aku, pertemuan ini adalah sesuatu yang disengajakan, dirancang, namun aku tahu banyak hikmah yang Kau selitkan padanya. Khususnya yang baik untuk aku, untuk dia. Tak lupa pengajaran yang Kau titipkan untuk aku renungkan dan insafi buat masa akan datang. Alhamdulillah syukur.

"Lepas zuhur di MyDin MITC, Melaka. In shaa Allah"
_______________ (few minutes conversation)
"Jmpk esok" 11.42pm
_______________ (didn't reply, dilema..)
"Hati2 drive" 12.52pm
_______________ "Hati2 drive" 1.00pm

Macam tu je kan.
Sebernarnya malam tu, hati aku masih berbelah-bahagi.
Nak jumpa, tak nak jumpa.
Kalau jumpa, mesti aku akan rasa diri aku dh terikat.
Jika tak jadi, serba salah dibuatnya seumur hidup.
Andai tak jumpa, rasa-rasa memang sure tawar dah hati aku ni.
Malang lagi kalau hati dia pun makin tawar pada aku.

Sejujurnya,
bukan mudah untuk aku buat keputusan bila
pergi persoalan 'cinta'. ehhh, cinta ke ni? ohhemmgi
ye la, persaan suka, minat dan paling best lagi nak sebut,
ke alam perkahwinan. wahh... kemain jia! hahahah

Dilema aku bermula sejak hari di mana dia sebut
"tentang kita".
Ya Allah, seriau bedesar jugak hati dan perasaan aku
bukan selalu tau dapat soalan-soalan macam ni..
kalau sebelum ni... hmm, cepat-cepat je aku ngelak.
sebelum sempat pun someone nak masuk jarum.
ya Allah, ampunkan aku. Berapa dah perasaan aku sakitkan
:'(
:''(
:'''(
:''''(

Lepas explain, alhamdulillah dia faham.
Seperti permintaan aku sebelum ni untuk berjumpa, lihat depan mata
sebelum pergi lebih jauh, dia dengar dan masih ingat. Terima kasih..

Allah takdirkan masa dan ruang untuk dia dan aku bertemu.
Itu pun selepas beberapa minggu kami decide untuk jumpa akhirnya.
Kesibukan kerja, sekolah ganti, urusan luar memberikan waktu
untuk aku berfikir, mohon petunjuk pada Dia untuk buat keputusan,
jumpa atau tidak.

Tempoh masa 'penantian' itu aku rasakan cepat sangat berlalu.
Hampir setiap hari aku menangis. tak tahu kenapa, rasa sayu sangat
setiap kali aku cakap pada Dia. Banyak aku minta.. tak malu kan aku..
Tapi aku tahu, Allah sangat mendengar, faham dan paling aku suka,
masa ini juga Allah makin rapatkan hubungan aku dengan mak dan abah.

Alhamdulillah. Allah ringankan lidah aku untuk berkongsi dengan mereka
masalah, perasaan dan pendapat aku. Jadi, tidaklah aku sorang-sorang je
hadapi dilema ni. Adik beradik, kawan-kawan semuanya jauh. Pilihan terbaik
Mak dan Abah. :')


Bila aku fikir kan, dilema ni mungkin tanda Allah nak aku
bersedia dan fikirkan tentang arah hidup aku seterusnya dengan lebih
yakin, cekal tanpa mengetepikan Dia dan Mak Abah.

Selepas mak dan abah restu kami untuk berjumpa..
Sekali lagi datang beberapa cabaran untuk aku, untuk hati aku.
Aku tak nak cerita sini, sebab aku tak nak ingat semua ni, nanti
belah bahagi jadinya perasaan aku sekarang ni. cukuplah..
Cuma satu jela, my ex-classmate, aku hargai
penantian dan kesabaran dia dalam menangani perangai aku

ya Allah, jodohkan sahabat aku ini dengan jodoh yang baik.
yang solehah dan dapat menjaga dia sebaik mana dia menjaga dirinya.
Jia minta maaf. Jia doakan yang terbaik untuk awak.
Terima kasih juga untuk nasihat-nasihat selama ini. Syukran jzlan.

..dan saat ini, aku masih cuba untuk faham dan kenali dia.
hari-hari aku lalui hari ni memang mematangkan. Jap, bukan disebabkan
sesekali kami text, chat.. tapi sebab setiap hari Allah jentik hati aku
untuk lihat apa yang berlaku disekeliling aku. banyak perkara aku perhati
Syukur, bila diperhati.. sebenarnya banyak aku dapat belajar. Allah beri
aku cuba faham dan adapt. Walaupun, tak sesempurna mana.

"letakkan urusan dunia hanya di tapak tangan, dan Allah dihati.
kelak jika anda kecewa dengan dunia, Allah adalah satu-satunya
punca dan harapan kita untuk kekal KUAT."

wahai Allah, jika mana baik bagiMu, bagi Ibu Bapaku,
Kau permudahkanlah.

Miliki aku hati aku untuk terima dengan redha..
akan kelebihan dan kekurangan yang ada padaku dan dia.
Aku masih belajar, dan terus memahami.



#soalujiansakitkepala
#kitaceritalainentry
#cabaransebelumjumpa
#cabaranselepasjumpa
#apakatahatiaku
#apapandanganaku


Bimbingan dan Kaunseling percuma !

Bismillahirahmanirrahim..

Alhamdulillah, hari ni last day bertugas di sekolah bagi sesi persekolahan tahun 2014.
Syukur pada Allah sangat-sangat kerana masih memberi peluang untuk aku
terus hidup dan jalani rutin setiap hari.
wahai Allah, ampunkan khilaf dan rungutan aku setiap hari.
AstaghfirulLahaladzhim..

Baik, tahun depan nampak gaya akan merangkap pembantu guru bimbingan kaunseling. Alhamdulilllah, Allah sayang aku.. Terima kasih Allah.. Semoga Kau kuatkan aku untuk cabaran ini. *teruskan positif InshaaAllah.

Sebenarnya nak cerita ni, bimbingan dan kaunseling lain.
Yang lain macam sikit.. nah,

Sejak hari yang mana kawan sekerja di sekolah (Tim bukan nama sebenar) try nak masuk jarum, satukan aku dengan seorang cikgu duda dari convent, bermulalah episod bimbingan dan kaunseling 'peribadi' yang tak aku sangka-sangka. Hampir setiap kali bertemu mesti kena kaunseling. Telinga... oh telinga, sabar naa. Cheq tak buleh elak. Bertahan k :'(
Situasi ni makin menular sejak-sejak aku declare status pada Tim ni. Punya la nak bagi dia faham dan tak la duk masuk jarum lagi. *kununnya.

Tim ni pada pandangan aku memang someone yang suka bercerita. Nak lagi sedap, menasihat lah kan. Banyak hal, tentang kerja, tentang emosi, dan paling banyak aku dengar adalah tentang RUMAH TANGGA. Okay lah kan, sebab dia pun pada aku memang dah senior n terang-teranglah banyak makan garam, gula, ajinamoto semua tu. Tak kan tak faham lak jia kan.

Tapi kan...
Siapa boleh tahan kalau setiap kali jumpa dengar tentang perkara yang sama.
OK, bukan 100% sama, tapi topiknya SAMA. lately la kan,
tentang URUS MASA dalam RUMAHTANGGA
KOMITMEN dalam RUMAHTANGGA
PERSELISIHAN dalam RUMAHTANGGA
KEWANGAN dalam RUMAHTANGGA

sebenarnya tak salah pun nak cerita, betul tak? ... ya!
cuma, pendekatan tu kena la cover sikit kan..
tak boleh lah kalau nak cerita..
time AKU TENGAH MENGAJAR..
time AKU TENGAN SIAPKAN LAPORAN..
time AKU SORANG-SORANG DALAM BILIK PMU..
time AKU DENGAN MUKA STRESS NGADAP PC..

apa salahnya cari masa yang sesuai,
masa MENUNGGU ASSEMBLY.. :)
masa REHAT DI KANTIN.. :)
masa TERSEREMPAK NAK BALIK.. :)
masa PERTUKARAN WAKTU.. :)

hmmmmmmm.


..dan aku terus mengharapkan suatu keajaiban berlaku mulai sesi 2015.
semoga Allah redha dan berkati rezeki aku, kau dan semua. ameen.

 

Monday, 24 November 2014

Im sorry

Bismillahirahmanirahim

Cepat betul lidah berkata bila terasa
Laju betul jari menaip status bila tak kena

kenapa cepat sangat?
cubalah matang sikit Jia

bila sampai je bab perasaan, susah sangat ke kau nak selindung?
macamlah masalah kau saja yang paling dasyat dalam dunia ni

ya Allah, ampunkan aku..
aku sedar sebenarnya dengan tngkah ini
banyak lagi hati dan perasaan yang akan terluka.

bantulah aku melayani karenah diriku sendiri.
kuatkan azam dan tekadku untuk mengawal perasaanku

marahku..
herdikku..
baranku..

bersalahnya..

Im sorry. kepada yang terasa.



#guilty
#harapakucumasalahfaham
#overthinkingsangatjia

Tuesday, 11 November 2014

ALLAH THE ALMIGHTY

Assalamualaikum wbt


Besarnya kuasa Allah mengerakkan hati ke atas sesuatu perkara
Maha berkuasanya Allah membalikkan hati yang keras menjadi lembut
Hebatnya Allah menjadikan makhluk yang saling melengkapi

AllahuAkhbar
SubhanaAllah
Alhamdulillah, terima kasih Allah
Kerana meminjamkan hati dan naluri buat masa dan ketika ini

Semoga Allah
Jadikan aku redha akan kehendakNya

Semoga Allah
Kuatkan iman dan kepercayaan aku dalam menjalani pejalanan
hidup dengan caturan indah dariNya

Semoga Allah
Tetapkan diri ini agar sentiasa bersyukur dan melihat sempurnanya
perancangan yang Allah siapkan untuk aku

Ya Allah
Andai pilihan ini baik bagi aku, buat agamaku,
sempurna pada pengakhiran aku dan dia,
maka jadikan kami dalam kalangan hambaMu yang redha

Ya Allah
Sekiranya kami salah, maka tunjukkanlah jalan terbaik
Sesungguhnya sifat lemah dan tidak berdaya itu meliputi diri ini.
Ampunkan khilafku dan dia. Andai bukan yang terbaik buat kami
jadikan kami kuat dan redha menempuhinya.




#HasbunaAllahWanikmalwakil
#HidupJanganDipermudah
#TandaKasihAllah
#SemogaAdaJodohKita
#StillCounting