Saturday, 19 April 2014

My Bad Weekend

Bismillahirahmanirrahim.


Semalam genap sebulan 11 hari aku buat lumpectomy,
buang fibroadenomas.
Jadi, hari ni semangat nak jumpa doktor untuk tahu
progress dan tahap kesihatan diri sekarang.
Ni kisah selepas 2 kali treatment termasuk buka jhitan dulu.

Selepas daftar, nurse siap suggest pergi minum or
kelua makan dulu dan datang dalam sejam lagi.
Patient ramai gila hari tu.
Even aku dah buat appointment seminggu lepas
pun still kena queue jugak.
Agak2, semua org buat appointment kott.
haha


Tunggu punya tunggu, sampai giliran aku.
I'm looking forward nak dapat berita baik-baik je hari ni.
Hopefully..
Tu yang sanggup tunggu 3 jam dalam TMS&GC tu.
Dimaklumkan juga, cuma Dr. Tey je keje petang ni.
So, no wonder la selang sejam doktor ambil 5 minit untuk rest.
Tu yang lambat gerak nombor tu.


Selepas jumpa doktor,
Dia cek everything n beritahu tentang wound,
ubat tambahan and keadaan parut bedah,
Lepas tu dia kata ak buat USG. Masa tu debar jugak..
Mata directly dah tengok screen je.

Tit... tit.... tit.. . Nah!
Dr. Tey kata "there's the new lump".
Aku pun terkejut la, "Huhh?!"
"Nampak kan, ada lagi la adik" tambah lagi dia cakap macam tu
sakitnya hati masa tu.
Officially the result usg ni "positive" again..



Dalam bilik tu rasa panas hati pulak, ntah la..
maybe sebab terlalu kecewa plus tertekannnn gila.
Tanya kt doktor, kenapa masa first scan dulu sebelum
operation dulu doktor tak nampak?? Sebab rasanya kali ni
je, dah 4 kali kott aku buat USG. Tu belum lg campur manual check.
fehhh!

Doktor kata memang ada sebelum ni, cuma saiz terlalu kecil
dan berisiko untuk buang.
Kalau korang boleh terima tak jawapan tu? hmmmm, sabo jela.
Buang jela sekali, alang-alang dah operation hari tu.


Tapi aku rasionalkan juga diri masa tu.
Dah la pergi klinik tu sorang-sorang time tu, rasa tak da
orang yang support aku masa tu. sedihhhhnya!

Terkilan bukan apa, sebab
Kenapa doktor tak inform awal-awal...??
Tak sangka langsung dalam pada aku operate sebab nak buang lump
Ada juga lump lain yang sedang membiak.
Sedang aku duk berpantang lepas operate tu
Rupanya aku jugak tengah ternak benda lain
:(


Yela, kalau betul doc kata dulu kecil,
now the size dah sama besar macam lump yang
doktor buang masa operation baru ni.. Bulan lepas.

Mak kata, "Takpe la.. belajar untuk redha.."
Apa pun, masih beruntung diri ni sebab dikejutkan
untuk tahu tentang fibroadenomas.
Di luar tu orang lain lagi hadapi ujian lebih teruk.


Ye, aku cuba.
Alhamdulillah,
redhalah wahai Jia
:(


#editedversion
#edited

No comments:

Post a Comment