Bismillahirahmanirrahim.
Alhamdulillah, petang tadi berpeluang menghadiri taklimat tentang menguruskan data murid dalam program P1NCH di Pejabat Pendidikan Daerah Muar. Kebanyakkan maklumat yang disampaikan oleh Encik Shaharan adalah perkara-perkara yang sangat asing dan baru bagi diri ini. Sebulan di sekolah masih belum cukup untuk ku belajar dan faham every single point tentang pemulihan. Apatah lagi hal-hal lain yang berkaitan pengurusan maklumat dan program-program yang dijalankan di peringkat PPD dan JPNJ.
Mujurlah tadi sempat untuk dapatkan beberapa contact cikgu dan JU sekitar Muar. Jadi, apa-apa hal nk rujuk mudah. Plus, terima kasih kt Kak Faridah sebab sudi kongsi banyak benda sepanjang perkenalan singkat tadi (duduk sebelah dalam dewan). Kata-kata semangat yang aku dengar tadi akan aku cuba ingat :
"Allah akan sentiasa jaga keperluan kita andai kita jaga keperluan (kebajikan ilmu) murid-murid kita. In shaa Allah, Allah jaga rezeki kita, boleh jadi pada anak-anak, keluarga atau pada orang yang kita sayang dan kasih.."
Semoga Allah mempermudahkan urusan aku dalam menghadapi setiap tugas dan amanah yang dipikul setakat ini dan buat masa akan datang. Moga tetap istiqomah. ameen..
Cg.Adibah (SKL) dan Cg.Masturah (SKKT)