Sunday, 27 September 2015

#cobaan

Bismillahirrahmanirrahim.

Cubalah sedikit lebih keras untuk jadi lebih baik lagi.
Tidak lelah, apatah mengalah.


Wednesday, 26 August 2015

#taksemak

Bismillahirahmanirahim.

M said,
...bukan ke dengan memudahkan kerja orang lain. Nanti Allah akan mudahkan pula kerja kita. Jangan pandang yang tak best aje. Tengok benda baik daripada situ.

Nah, ya yaaah -me

Sunday, 16 August 2015

#soundsfamiliar

Bismillahirahmanirrahim.


Merungkai yang tesirat belum tentu dapat perlihatkan apa yang nak dirungkai. Bahkan lagi menambah semak dalam akal. Yang mana selalu saja tak dapat meluah cara baik. Pada lisan mahupun pandangan. Cuma alami, rasa, lihat dan belajar.




#petir

Tuesday, 12 May 2015

Nak Jaga Hati orang punya pasal

Bismillahirahmanirrahim.


Kalau kita menyembunyikan sesuatu perkara daripada pengetahuan orang lain, ada kemungkinan kita sedang menjaga hati atau perasaan seseorang yang kita sayang.
Macam mana kalau kita cuba sembunyikan hal kita bersama seseorang yang kita sayang, adakah itu juga membuktikan bahawa kita sedang menjaga hati orang lain yang kita lebih sayang. Sayang dalam diam. 



Ntah.
Nak kata faham, tak jugak.


#pagipagiangindahnaikkepala

Saturday, 4 April 2015

..sedang kamu tidak mengetahui.

Bismillahirahmanirrahim.



Kenapa aku tak dapat apa yang aku idamkan?
Nah,

"boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu;
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"
(Al-Baqarah:216)


#alhamdulillah

Sunday, 25 January 2015

Thanks!

Bismillahirahmanirrahim.


Syukur Nikmat.
Sentiasa bersyukur, Jia.

-hati


Monday, 5 January 2015

Tiga.

Bismillahirahmanirrahim.




Ok, malam ni aku taip entri ni sambil2
layan muzik instrumental drpd video encik hati.
huwaaa!! bikin sugul... sedihnya... :'( :'(

Kalau semalam, waktu mcm ni pon aku
tengah layan air mata sebab dok dengar
recite by mishary alafsy kt ikim.
Sambil2 drive, layan air mata tahap
termasuk cili masa melesong.. pun jadilah.
Tenang je rase. isk3.. :'(

Malam semalam, lebih kurang pukul 9.30
macam tu, dapat whtsapp drpd cik bie..
Rasa dekat seminggu jugak, group johokelate
tu senyap je tanpa khabar.
Then, bie text.. rasa badan penat drive
tadi terus jadi cergas. Alhamdulillah...

Kt whtsapp tu, cik bie minta alamat rumah.
Dalam hati terdetik satu je.
Cik Bie nak pos kad jemputan ye??
Tapi jari menafikan.. then text je alamat
rumah kt cik bie.. pastu sembang2 gitu je.

Tak lama, Cik Ieja pon masuk cnvstn.
"Bie, mg nak kahwin ke?"

..........................................

Huwaaa.
Lepas je Cik Bie mengiya kan,
terus menitik air mata aku ni.
Tak tahu lah, deras gak lah..
Dada yang dok sebak2 sebelum
tu rasa tak dapat aku nak cover..
Sahabat..
Aku gembira sangat sangat!
Alhamdulillah..
Cik Bie nak kahwin dah.

Dalam pada tu,
Cik Ieja lak dok buat ayat2 sedih
sepanjang text malam tu.
Ya Allah, aku rasa malam tadilah
antara moment2 sweet kiteorang bertiga.

Kalau sebelum ni kt maktab,
selalunya Allah bagi peluang
kita bersama. hadapi susah.. senang..
banyak perkara buat sama2. walaupun
selalu je ada perselisihan, tapi akhirnya
mesti akan baik balik even kena ada
detik nak touching2.. merajuk2..
sweetnya!
Sahabat dunia sahabat akhirat.

Then malam tadi,
Dengan kuasa Allah, kita dapat menangis
sama-sama lagi. Nangis sebab terharu..
sebab sedih.. sebab gembira..
ya Allah macam2 perasaanlah..
kata dah macam adik beradik.
tu yang feeling terlebih tu. love!!

Terima Kasih Cik Bie
untuk perhatian
untuk kasih sayang
untuk tunjuk ajar
untuk kesekian masa
untuk ilmu pasal gadjet
untuk idea-idea kreatif 
untuk lagu sang ulat bulu
untuk jasa DAK hijau
untuk pengalaman
untuk setahun beroomate
untuk setahun berpraktikalmate
untuk bertahun berhousemate
untuk bantuan
untuk tahan rajuk kawan mg ni
untuk erti persahabatan
untuk ada sama saat ketawa
untuk sama-sama saat air mata

Semoga Allah panjangkan kasih sayang
mg untuk zauj dan keluarga.

Doa aku untuk mg.
Doa Ieja pun ada untuk mg.
Doa sahabat in shaa Allah, Dia dengar.
Nak nak, doa yang penuh dengan kasih sayang..
kan.. kan..
in shaa Allah.

Lepas ni Cik Bie,
Dahulukan tanggungjawab yang utama.
Macam yang utz ckp kt kursus kahwin la
Nanti dah jadi isteri orang, pandai jaga diri ye
Masak sesedap.. ingat balik resepi mna
erol ajar kt rumah sewa dedulu.. pikat perut raja.
n Cik Bie, klau mg pregnant pastikan kteorg
tahu dulu sblm Bidadari Syurga tau.. ekeke.
Aku tak sabar nk tgk ank mg dgn raja.
mesti super dupper comel..
in shaa Allah soleh mcm Raja
n solehah mcm Cik Bie <3
aminn.. 

Kami Gembira.
Nah, hapus air mata. haahaha
Lepas ni mesti Cik Ieja lak ye..
Ieja, dok dekat ni.. apa2 bgtau mulut je k
hahaha

I LOVE both of YOU!


#tiga
#johokelate
#bieiejajia