Saturday, 21 June 2014

berubahlah walaupun sedikit

Assalamualaikum



Berhadapan dengan murid di beberapa buah kelas waktu ganti banyak buat mood mengajar lari. Kelas bising, murid tak ikut arahan, kerja tak buat segelintir murid di dalam kelas membenamkan lagi semangat untuk mengajar di sekolah kebelakangan ni. Apa sudah jadi leyy. Kebiasaannya sewaktu praktikum dulu tak ada la sampai ada rasa begini. Sesekali terlintas beberapa perkara yang ntah apa-apa dalam kepala. Ya Allah..

Semenjak ni, boleh kata setiap kali masuk kelas ganti mesti aku teriak. Pekik sekali senyap kejap. Marah lagi senyap sekali. Lepas tu.... bising semula. Bertahan punya bertahan, nak tak nak kena tukar style. Semalam aku nekad.. masuk kelas buat muka serius, tanpa senyum kt bibir ni. Tak de la nak layan karenah budak-budak nak ajak bercerita semua. Padahal dalam hati ni macam-macam benda bermain. Kesian, nak kata melanggar fitrah aku kebiasaan pun ada. Tapi apa boleh buat, sesekali kena tegas. Bukan sesekali tapi selalu!!

Dengan keadaan diri aku yang banyak kekurangan, ilmu tak banyak, ketegasan pun kurang, suara perlahan, kadang kala sampaikan cikgu yang mengajar kelas di sebelah pun datang tolong handle budak. Tebal muka dibuatnya.. malu.. Aku faham niat mereka nak bantu aku, tapi tak dapat diselindung perasaan kesal dengan kelemahan diri sendiri.

 






berubahlah, berusaha walaupun sukar!

Monday, 16 June 2014

GDay!

 Assalamualaikum wbt

 We are the most beautiful flowers in the garden of friendship.
May all of us remain the same forever. See guys on top !
Muchoooss and happy graduation !!

Amir Fariq Saifullah
Ieja Siti Akma Ana
Syah Atie Jia Airul
Bie Izua Emy Amal
Nadiah Najihah
Faeza Fiqah



Jumpak lagik Disember ni di Lanchang dehh! Take Care and save the date..
Lanchang Trip soon