Tuesday, 25 March 2014

Kisah Pelacur Yang Bertaubat

Assalamualaikum 


Kisah ini adalah perkongsian Ustaz Ebit Lew dalam rancangan Islam Itu Indah di ikim.fm. Banyak input berguna yang diberikan ustaz. Namun saya tertarik untuk berkongsi cerita ustaz mengenai kisah seorang wanita yang sudah bertahun-tahun menjadi pelacur di rumah pelacuran di Karachi.

Alkisah, wanita ini merupakan anak kepada pemilik pusat pelacuran terkemuka di Karachi. Sejak remaja lagi dia telah terdedah dan terlibat secara langsung dalam aktiviti kotor ini. Pada suatu hari, wanita ini lalu di sebuah masjid. Ketika itu satu ceramah sedang diadakan diperkarangan masjid dan ditakdirkan Allah wanita ini masuk masuk dan mendengar ceramah ustaz bertugas. Selesai ceramah, semua hadirin dihadiahkan dengan sekeping CD.


Apabila pulang, wanita ini pun memainkan CD yang diterima di masjid tadi dan mendengarnya. Dan antara hal yang dibincangkan dalam slot ceramah pada CD tersebut adalah mengenai keampunan Allah. Isi kandungan ceramah ini ternyata telah meninggalkan kesan terhadap wanita ini lantas bertemu dengan seorang ustaz dan bertanyakan perihal dirinya yang telah banyak berbuat dosa dan maksiat. Dia berasa buntu dan binggung terhadap keadaan dirinya.



Melihatkan keadaan wanita itu, kata ustaz "Pastinya Allah sudi. Allah sentiasa mahu dan sangat gembira untuk mengampunkan dosa-dosa hambanya. Tinggal cuma, adakah kita sudi untuk mengangkat tangan dan mohon pada Allah?.."


Masuk bulan ramadhan ketika itu, wanita yang dihurung rasa bersalah, takut dan kesal dengan segala perbuatannya dilihat berada di masjid setiap malam untuk bersolat tarawih. Setiap kali selesai solat, wanita ini akan berdoa dengan kuat sehingga didengari oleh hadirin yang berada berdekatan dengannya. 

"ya Allah, aku jahil. aku takut. aku berdosa. Sekiranya Kau terima taubatku maka ambil nyawaku. Sekiranya Kau terima taubatku maka ambil nyawaku.."


Begitulah setiap malam keadaan di masjid. Wanita ini akan mengulang doanya dengan penuh ikhlas dan menangis. Rasa bersalah dan takut akan azab Allah sentiasa menapak dalam jiwanya. Dengan kuasa Allah, menjelang malam-malam terakhir ramadhan, wanita ini seperti biasa akan hadir ke masjid dan berdoa sebagaimana kebiasaannya. Dan ajalnya datang ketika dia sedang membaca doa tersebut. Semua hadirin yang melihat keadaan ini berasa amat terkejut dengan pemergian wanita itu. InnalilLah..


Alhamdulillah daripada kisah perkongsian ini, dapatlah dilihat betapa luasnya rahmat Allah untuk hambaNya. Walaupun sejauh mana kita pergi, kita lupa Dia, kita sibuk mengejar dunia... Allah tidak pernah tinggalkan kita. Sesungguhnya hidayah itu Milik Allah dan akan diberi kepada mereka yang berusaha


Daripada Anas bin Malik RA telah berkata: 
Aku mendengar RassululLah SAW bersabda:
"Sesungguhnya Allah berfirman (maksud): Wahai anak Adam! Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKu maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak menganggap bahawa ia suatu yang bebanan. Wahai anak Adam! Sekalipun dosa kamu seperti awan meliputi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya. Wahai anak Adam! Jika kamu menemuiku (selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu."

(HR Imam Tarmizi)


Jaga Luka Bedah

Assalamualaikum


Menjalani pembedahan sememangnya satu pengalaman yang tidak semua orang dapat rasa. Jadi kalau anda pernah dibedah, kira special la kan. Kepada yang akan menjalani pembedahan, tak usah takut or risau. Saat mana anda dapat tahu akan dibedah, fikirkan tujuan dan kebaikan operation tu nanti. Dan paling penting, mohon berikan kepercayaan penuh kepada doktor dan nurse2 yang akan bertugas. Percayalah, anda akan tenang dan yakin untuk tunggu tarikh pembedahan.

Berdasarkan pengalaman, luka pembedahan ni agak sensitif. Maksudnya, banyak perkara yang perlu diambil perhatian. Kata orang lama, kena berpantang lepas pembedahan. Setuju sangat! Pengalamn tak dengar nasihat mak untuk berehat lepas operation, aku diserang demam 'kuskus' 3 hari. Kalau orang melayu panggil 'bentan'. Masa tu seksa sangat sebab badan kita akan rasa sejuk sampai ke tulang dan menggigil satu badan. Kepala pula rasa berat dan tak larat nak bangun. So, berpantang la ye

Sebaiknya, selepas seseorang itu dibedah, anda perlu rehat secukupnya. Tempoh rehat penuh tu adalah antara 1 ke 2 hari selepas bedah. Walaupun anda rasa badan tu kuat dan larat untuk buat kerja, tolong jangan nak gagah diri kemas rumah atau angkat barang-barang di rumah. Mungkin bagi golongan remaja, pada awal pembedahan badan rasa kuat. Kadang tu tak rasa pun macam orang sakit. Namun, sebenarnya luka bedah dan sistem dalam badan tu masih lemah. Dan kalau terdesak, solat la dengan cara duduk. Ini adalah untuk mengurangkan pergerakan tubuh badan anda.


Selain itu, sila ambil antibiotik yang doktor bagi. Kena habiskan dan makan ikut dos yang dah ditetapkan. Kalau nak cepatkan proses sembuh luka, makanlah jeli gamat, sup ikan haruan atau ambil pati ikan haruan (Harwany) yang ada muka Imam Muda Asyraf, dijamin halal. Kalau tak boleh telan, makan kapsul pun tak apa. Senang tinggal telan. Ada juga yang kata banyakkan makan sayur dan buah-buahan yang kaya vitamin c dan e. Elakkan makanan berlemak, sejuk, gatal dan pedas juga. (Pesan orang lama, Pak doktor dok pong suruh)



Dari segi penjagaan luka luaran pula, elakkan daripada menyentuh sendiri dengan tangan or bergeseran dengan pakaian anda. Sesetengah kes, doktor akan tutup luka bedah dengan plaster dan ada juga yang terdedah sahaja. Jadi, kena hati-hati la. Kalau nak selamat, sediakan siap-siap stok plaster atau pembalut luka. Tukar apabila perlu untuk elakkan jangkitan pada luka bedah. Selain tu, doktor juga pesan untuk elakkan terkena air pada luka bedah. Kalau luka melibatkan kawasan wuduk, lepas suakan air pada anggota badan, lap or keringkan tempat luka tu.


Apa pun, kita ikhtiarlah mana yang terbaik. Semua pun sama ada berkesan atau tidak, cepat sembuh mahupun makan masa semuanya dengan izin-Nya. Sudah usaha, kita tawakal, k :)


Pengalaman : Pembedahan Fibroadenoma


Bismillahirahmanirrahim.


Fibroadenoma?
Mungkin ramai yang dah tahu.
Fibroadenoma ni sejenis tumor yang
duduk menempek pada bahagian breast
Tumor or ketulan ini bersifat jinak. Senang kata tidak berbahaya
N bukan kanser. Peratus untuk kanser pun sikit sgt3 or xde langsg.

Fibroadenoma ni kerap berlaku pada wanita umur 16-30 tahun.
Ada article tulis, fibroadenoma jadi bila badan hasilkan
lebih hormon estrogen daripada biasa.

Alkisah, aku pernah dapat ketulan ni,
Mula tu, aku perasan rasa tak selesa pada chest.
Bila sentuh situ, rasa ada something yang kenyal2
Statik ja tak begerak. Saiz lebih kurang syiling 20sen.
Bila tekan dengan jari rasa ngilu.
And sometime rasa benda ni distract gila sebab bila tersentuh
rasa rimas sbb terbonjol cmtu. Kalau kita stretchkn bdn
boleh nampak drpd luar kt kulit tu.


Lepas beberapa minggu,
Pergi jumpa doktor.
Dia buat ultrasound (USG). Lepas cek,
doktor sahkan yang ketulan tu fibroadenoma, saiz dalam 1.9-2cm.
Alhamdulillah for one-side jela.

Dah tu, doktor pun explain la pasal benda ni dan
lastly, suggest untuk buat operation, buang ketulan.
Yes,
lepas dua minggu aku datang balik untuk buang lump.
Lepas bincang dengan famili and buat la sikit2 reseach.
So, bila baca aku rasa lebih yakin untuk buat. :)

Nah, pengalaman aku buat lumpectomy :
Mula mendaftar then jumpa doktor untuk cek tekanan darah,
masuk syringe dan buat mark pada breast.
Masa tu juga, doktor akan masukkan ubat melalui syringe
yang akan buatkan kita rasa loya, nak muntuh, nak pitam.


Selesai urusan di klinik, doktor minta aku tunggu
sementara nak check-in bilik. Trajisnya, otw nak
masuk bilik, aku TERpitam sekejap siap sembam
muka kat lantai lift tu. Tak silap masa tu ada sorang
nurse and sorang lagi patient (dia dapat cyst tak silap).
Depa la yang papah aku sampai Labour Room.

Hmmm, daripada nak check-in terus kena kuarantin
kt LR. Tak pasal-pasal dah jadi kes.
Kecoh staff kt situ bila ada patient pitam.
Cakap kt nurse, aku mual lepas Dr. Julie masuk ubat.
Nurse pulak seboleh-boleh nak cakap yang aku takut.
Lastly depa admit gak, kata aku alahan pada ubat.. Huhhhh..

Lepas sejam duduk dalam peti ais (LB) dengan
suit cam nak beranak tu, akhirnya dapat juga aku check-in
Derita betul.. masa dalam LB, rasa menyesal gila sebab sain borang.
Dalam pada tak larat tu, kena lecture lagi dengan staff nurse
semua.. hmmm, tolong lah. saya tak larat kott masa tu kak oi.

Bersyukur gila bila dapat pindah bilik.
Sejam tunggu dalam bilik, lepas tu 2 staff nurse bawa
aku masuk OT. Sebelum tu sempat lagi salam cium mak abah
siap minta maaf. Mana tau.... kan.. kan..



Bila dah sampai OT,
Masuk je, nampak doktor bius dan beberapa staff nurse
Depa sambut dan pindahkan aku ke katil bedah.
Masa tu dah mula redha dah, serah je apa depa
nak buat pada aku. malu letak tepi kejap..

Lebih kurang 3 minit rasanya,
nampak nurse buat masking, jalan ke hulu
ke hilir. Paling tak boleh blaa bila dengar bunyi zink.
tools and besi-besi tu berlaga-laga semantara nak tunggu
masa kau nak kena belah. wahhh, memang tak takut pon..
wakakaka, bestnya OT..

Mujur tak lama lepas tu Dr.Tey sampai.
Seminit juga doktor pesan itu ini, rasa nak bagi calm..
Sambil tu dia buat manual cek pada breast, and tunjuk
bahagian yang dia akan buat. oh ye, i see.. i see..
Sempat kata good luck kat doktor.
wakakaka, padahal nak bagi hilang nervous. gulp. gulp.


Sementara tu juga, doktor bius letakkan penekup gas kt muka.
Nurse pesan buka mata, sambil cakap ok tak.. ok tak..
oo.... kkk.... taaa... aakk....
k....... taaaa...akk.
aku, itu aku reka. hahaha, dalam 5 second aku terus hilang.
Terus tak sedar wei. zzzzz.


Saat buka mata, nampak mak dan abah kt tepi katil.
Lebar betul senyum, mungkin sebab nampak aku dah sedar.
Masa tu dah pukul 7pm, dekat nak maghrib.

Sesedar tu terus boleh buka mata n cakap macam biasa.
Just badan rasa lesu sangat2 dan bahu rasa lenguh.
Sakit tu tak, sebab kompem ubat bius masih aktif..


Pukul 8pm mcm tu Dr. Tey datang.
Dia cek bahagian bedah and pesan cara nak jaga luka tu.
Bila tengok aku macam sihat je, dia pun tanya nak balik tak.

Bagai Jia yang ngantuk, lagi doktor nak
bagi bantal peluk letak celah kaki kan..

Terima kasih Dr. Tey sebab faham. "saya tak nak stay sini."
Dia pesan kt nurse bagi aku tahan sakit dan antibiotik.
Katanya lepas makan ubat kena makan berat sikit baru
boleh discaj. Alhamdulillah, lepas tu nurse datang cabut syringe
dan minta aku tukar baju, turun bawah ambil ubat.
:)


Abah kata, aku dalam OT tu cuma 45minit
dan sedar lebih kurang setengah jam lepas keluar OT.
Alhamdulillah sepanjang pembedahan tak ada apa-apa komplikasi.
Syukur selesai satu bahagian.

Alhamdulillah,
Pengalaman pembedahan fibroadenoma ni pada aku
tak menyakitkan pun, sebab doktor akan bius penuh dan
kita tak akan sedar apa yang berlaku.

Sehari lepas operation, kawasan bedah tu ada la rasa pedih-pedih sikit,
tapi kalau rasa sakit cuba duduk or baring. Tak pun telan je pain-killer.
Patu elakkan buat kerja 1 ke 2 hari lepas bedah.
Kawasan bedah pun tak besar mana.
dan proses recover singkat. Kos pembedahan buang fibroadenoma
di TMS&GC Muar (gyne private clinic) around RM2K
dengan service yang OKlah...
Kalau di Pantai/Specialist currently dalam RM2-3K.
Di gov. hospital rasa below RM1K.


#f